Sabtu, 28 Disember 2013

Syukur Kini Aku Menutup Aurat

Detik waktu yang semakin hari semakin membuka mata aku yang sedikit sepet ini untuk melihat betapa indahnya wanita yang menutupi auratnya dan melabuhkan pakaiannya di hadapan ajnabi. Aku masih samar dan hampir sebulan lebih mencari identiti diri dengan membandingkan diri aku dengan wanita-wanita muslimah yang lain.
“Ya Allah, bagaimanakah dia boleh berpakaian menutup aurat begitu, sedangkan aku masih berpakaian membalut aurat?”
“Aku nak pakai cantik-cantik la, biar jejaka-jejaka hensem melihat dan mengetahui kewujudan aku.”
“Aku nak hias elok-elok la sikit sebab nak jumpa kekasih hati aku.”
“Eh, dia tu pakai baju besar-besar tak rimas ke?”
Dan banyak lagi kenyataan dan persoalan yang dituturkan dalam minda dan hati aku. Astaghfirullahalaziim… begitu kolot pemikiran aku.
Aku pernah terfikir untuk mencuba berubah dan berhijrah menutup aurat dengan sempurna setelah masuk ke alam kampus. Namun, aku terlalu mengikut kata hati yang kadangkala membuat keinginan berubah itu menjadi mati.
Fikiran aku terus berputar mengatakan bahawa, jika aku ingin berubah untuk menutup aurat dengan sempurna, seluar jeans yang baru dibeli macamana? Baju-baju kesayangan tak dapat dipakai lagi, dan sewaktu dengannya. Tanpa aku menyedari, Allah telah membuka pintu hati aku secara perlahan-lahan, memberi taufik dan hidayah-Nya untuk mengubah cara berpakaianku seperti wanita muslimah yang ingin mencari syurga yang abadi.
iluvislam, hijab
Dan aku yakin, segelintir kaum hawa yang menangguh untuk berubah adalah disebabkan tidak bersedia untuk beristiqamah, kerana perangai yang kurang elok, dan rasa sayang terhadap pakaian yang baru dibeli, mahal dan cantik.
Wahai kaum hawa, berdoalah agar dibukakan pintu hati untuk menutup aurat dengan sempurna, berkorbanlah walau kalian sayang dengan pakaian mahal, sendat, cantik dan seumpama itu. Percaya dan yakinlah bahawa, pengorbanan itu tidaklah sia-sia melainkan pelbagai limpahan ganjaran yang akan Allah hadirkan nanti.
Memang ramai yang terfikir :
“Tutup aurat je, perangai tak tahulah; lebih daripada setan.”
“Harap je tutup melitup, perangai tak senonoh, ketawa berdekah-dekah.”
“Kalau aku nak berubah pakai elok-elok, aku nak ubah perangai dulu.”
Wahai sekalian sahabat-sahabat, perangai susah nak berubah. Kalau la nak tunggu perangai berubah dulu, kita tak tahu bila la nak dapat tutup aurat seperti garis panduan Islam. Buka minda kita, cuba berfikir secara logik, sekiranya kita cuba untuk menutup aurat dengan sempurna, dengan izin Allah, secara perlahan-lahan perangai yang buruk tadi akan turut berubah ke arah yang lebih baik. insyaAllah. Sama-sama kita doakan.
Hadirnya aku di sini, ingin cuba membuka mata kaum hawa yang aku cintai, sedarlah kita hidup cuma sementara, mati tak tahu bila, ajal masa mana pun boleh tiba. Berubahlah sebelum terlambat, berkorbanlah kerana pengorbanan itu harus dikorbankan.
Untuk apa?? Untuk menggapai redha Ilahi.
Untuk siapa?? Untuk Pencipta kita yang seharusnya kita patuhi.
Mengapa?? Kerana itu dituntut dalam Islam agama yang kita anuti.
Dan mengapa?? Kerana kita sememangnya hamba ALLAH, yang seharusnya minda dan hati selalu ingat Ilahi.
Alhamdulillah aku berubah kerana Allah. Allah telah hadirkan seseorang sahabat kepada aku yang dulunya berpakaian ‘rockers’ dan secara drastiknya dia memakai tudung bulat labuh. SubhanAllah, aku mengagumi kekuatan yang Engkau berikan kepada dirinya.
Lantas mindaku berputar ligat berfikir, “Dia boleh berubah, kenapa tidak aku?”
Aku mengumpul segala kekuatan, berubah kerana Allah, Allah lah yang menciptakan sekalian makhluk, kenapa tidak kita berkorban kerana-Nya? Sungguh banyak nikmat yang diberikan, tidakkah kita rasa betapa sayangnya Dia pada kita.
Diri ini bukanlah sempurna sangat tapi  mencuba untuk menyampaikan apa yang Allah suruh dan aku cuba untuk menyampaikan dakwah walaupun hanya sedikit.  Sudah jelas dalam Al-Quran, Allah menyuruh hamba-Nya menutup aurat, bukan membalut aurat.
“Wahai anak cucu Adam! Sesungguhnya kami telah menyediakan pakaian untuk menutupi auratmu dan untuk perhiasan bagimu. Tetapi, pakaian takwa, itulah yang lebih baik. Demikianlah sebahagian tanda-tanda kekuasaan Allah, mudah-mudahan mereka ingat.” (Al-A’Raf: 26)
Sekiranya kita sendiri mengkhianati diri kita, dan membuat kezaliman terhadap diri kita, maka siapa akan menolong kita nanti.
“…Wahai manusia! Sesungguhnya kezalimanmu bahayanyaakan menimpa dirimu sendiri; itu hanya kenikmatan hidup duniawi, selanjutnya kepada kamilah kembalimu, kelak akan kami kabarkan kepadamu apa yang telah kamu kerjakan.” (Yunus: 23)
Marilah berubah wahai kaum hawa. Tutuplah aurat dengan sempurnya. tak usah lah nak buka sini buka sana.
iluvislam, hijab
Dan… Al-Quran tidak ada keraguan padanya. Takutlah pada azab Allah. Cuba tutup aurat dengan sempurna, insyaAllah akan ada perubahan yang baik terhadap sesuatu yang lain.
“Kitab (Al-Quran) ini tidak ada keraguan padanya; petunjuk bagi mereka yang bertaqwa.” (Al-Baqarah: 2)

Jumaat, 20 Disember 2013

USRAH


USRAH




Definisi dan Konsep
Perkataan usrah berasal dari kalimah Arab, (الأسرة ( yang bermaksud keluarga. Manakala menurut Kamus Dewan Bahasa Dan Pustaka, keluarga bermaksud kaum, saudara mara, kaum kerabat, sanak saudara atau pun ia disebut sebagai Famili. Di dalam kamus al-Munjid Fi al- lughatu Wa al-A’lam adalah mufrad kepada (أسر ) iaitu satu kumpulan yang mempunyai hubungan yang kukuh.

Manakala dari segi istilahnya pula, usrah bermaksud kumpulan atau individu atau mukmin yang beriman dengan agama Islam, berusaha dan tolong- menolong di antara satu sama lain untuk memahami dan menghayati Islam berdasarkan kepada perintah Allah di dalam surah al-Maaidah ayat 2 yang bermaksud “ Dan hendaklah kamu bertolong-tolong untuk membuat kebajikan dan bertakwa dan janganlah kamu bertolong-tolong dalam membuat dosa (maksiat) dan pencerobohan. Dan bertaqwalah kepada Allah, kerana sesungguhnya Allah Maha Berat azab seksaan-Nya (bagi sesiapa yang melanggar perintahnya).

Pembentukan Usrah yang pertama yang dilaksanakan oleh Rasulullah s.a.w ialah di rumah al-Arqam bin Abi –Arqam. Rasul mengajar mereka yang hadir setiap ayat Quran yang diturunkan. Baginda juga menekankan proses pembinaan sifat-sifat luhur seperti baik hati,amanah, bertanggungjawab, bercakap benar, berani dan sebagainya di dalam diri para sahabat.Jelaslah di sini bahawa ‘usrah’ bukan sahaja tempat untuk menyampaikan atau mendapatkan ilmu, malahan ia merupakan tempat untuk sesama ahli kumpulan membincangkan sesuatu masalah yang timbul dan juga tempat untuk membentuk peribadi dan sahsiah ahli usrah dan bertolong-tolong apabila ada ahli yang ditimpa kesusahan. Usrah juga merupakan satu medium dakwah untuk berdialog mengenai Islam secara dinamik

RUKUN USRAH


1. Taaruf. Taaruf bermaksud berkenalan secara mendalam hingga menimbulkan kasih sayang dengan tujuan al-hubbufillah. Firman Allah: Maksudnya: Sesungguhnya orang-orang mukmin itu bersaudara ....." Dan Sabda Rasulullah s.a.w., maksudnya: “Orang yang beriman dengan orang yang beriman yang lain laksana satu binaan, saling kuat menguat antara satu dengan yang lain”. Sabda Rasulullah s.a.w., maksudnya: Kami mengasihi saudara kerana dia adalah saudara pada jalan Allah. Di samping itu sikap mahabbah mesti dibuktikan dalam amalan dan penghayatan bukan sekadar teori semata-mata. At-Taaruf ialah kenal mengenal dari bab mufa'alah (daripada dua belah pihak) salbi dan i-jabi (memberi dan menerima)--kenal yang benar-benar, tahu selok-belok tentang saudara kita, supaya kita membuat dan bertindak untuk mengarah sesuatu yang sesuai dengannya.

2. Tafahum. Tafahum maksudnya bersefahaman. At-tafahum daripada bab mufa'alah juga, bertujuan supaya usrah membuahkan suatu sikap, satu tindakan daripada sama-sama faham, sama-sama beramal iaitu sama-sama menjalankan perintah Allah, tunduk kepada kebenaran, muhasabah diri, muhasabah sama-sama jemaah dan disusuli dengan nasihat menasihati antara saudara (ad-Dinul nasihah). Awas jangan sama sekali nasihat menasihati ini menimbulkan apa-apa perasaan yang tidak senang kepada satu sama lain, baik yang memberi atau menerima, cuba renungkan hadith di atas. 

3. Takaful. Rukun ini merupakan dasar membela nasib sesama sendiri, supaya jangan ada orang yang terbiar atau terlantar nasibnya tidak terbela. Maksud rukun ini ialah anggota usrah hendaklah mengambil berat masalah-masalah yang dihadapi oleh saudaranya. Takaful ini merupakan pancaran pekerti yang dilahirkan daripada keimanan, dan merupakan inti sari daripada ukhuwah yang murni.

Sabda Rasulullah s.a.w., maksudnya: Sesungguhnya seorang kamu pergi menunaikan sesuatu keperluan saudaranya lebih baik baginya daripada beriktikaf di masjid aku selama sebulan. Dan sabdanya lagi, maksudnya: Sesiapa yang telah memasukkan kegembiraan iaitu menghilangkan kesusahan dan kesukaran kepada keluarga muslim, maka Tuhan tidak melihat balasan kepada selain syurga. Inilah gambaran besar atau kecilnya at-takaful dalam Islam bagi rukun usrah ketiga
.

Salam Ukhuwah Fillah Abadan Abada
Ukhti NurFisabilillah




Khamis, 19 Disember 2013

"Taubat Itu Sukar Tetapi Tidak Bertaubat Itu Jauh Lebih Sukar." (PART 2)




Menyesal timbul bile kita kehilangan atau terlepas sesuatu yang sangat bernilai dalam hidup. Hilang kasut Bonia kat masjid. Hilang pencuci muke SK II kat asrama. Hilang rantai Zhulian dalam LRT.

Seseorang yang merasakan iPad nye adalah sesuatu yang sangat bernilai,
bile rosak dia akan menyesal.
Sebaliknya sesiapa yang menyesal apabila terlepas solat subuh ini adalah kerana dirasakan bahawa solat subuh itu sangat bernilai.

Ada 2 situasi:
1) Seorang ini meninggalkan solat Subuh dengan sengaja
2) Seorang ini pula kehilangan iPad canggihnya

Orang yang meninggalkan solat subuh tidak berasa menyesal sedikit pun atas kesalahannya biarpun ada hadith yang menyatakan bahawa orang yang meninggalkan solat Subuh dengan sengaja diancam dengan kekafiran. Sebaliknya, individu yang kehilangan barang berharganya pula yang berasa amat menyesal & terkilan.

Menyesal datangnya dari hati. Tak boleh dibuat-buat. Muncul secara automatik. Soal hati tidak boleh dipaksa atau dilakonkan. Try pura-pura menyesal. Pelik..

Menyesal adalah syarat-syarat bertaubat. Nampak mudah yakni dengan hanya perlu menyesal, namun bukan senang, bukan mudah untuk melahirkan perasaan menyesal di dalam hati. Automatik perasaan menyesal timbul apabila hati & akal mempunyai ilmu & keyakinan sudah sebati & serasi. Jika hati seseorang tidak benar-benar yakin akan akibat dosa, maka tidak mungkin dia berasa menyesal.

UBAH SUASANA, CARI TEMAN SEALIRAN, AJAK KAWAN AGAR BERADA DI ATAS SATU SALIRAN
Untuk bertaubat akan menjadi payah walaupun hati nekad untuk berubah kalau suasana sekeliling tidak membantu & teman sealiran tiada. Sebaiknya, carilah suasana yang tidak menggoda atau mengingatkan kita kepada dosa-dosa silam yang pernah dilakukan di tempat tersebut.

Kita ambil contoh,
1) Ex peminum arak hendaklah menjauhi kedai kedai yang menjual arak jika benar dia sudah menyesal & bertaubat.
2) Ex penzina mesti menjauhi daripada segala elemen yang boleh menggodanya semula untuk berzina seperti tempat pelesiran, filem lucah, buku buku porno & etc.

Jauhi teman teman yang masih belum insaf & degil untuk terus hidup dalam maksiat walau sudah diajak bersama sama untuk melakukan suatu perubahan yang baik. Agama seseorang mengikut agama temannya.

Jika terpaksa memutuskan hubungan dengan individu yang berusaha untuk menyesatkan kita, jauhi dia.
Jauhi dengan cara paling berhikmah. "Bakarlah jambatan" dengan semua perkara, tempat, suasana, & individu yang menggoda kita kembali menderhaka kepada Allah.
Inilah yang dilakukan Ka'ab bin Malik sewaktu pihak kafir menghantar surat untuk memujuknya kembali kafir ketika dipulaukan oleh Rasulullah SAW 


AMALAN HATI & ANGGOTA
Setelah timbul penyesalan dalam diri, berada di dalam suasana yang kondusif & teman sealiran untuk bertaubat, hendaklah si dia yang ingin bertaubat berhenti serta-merta daripada melakukan dosa tersebut & berazam untuk tidak mengulanginya lagi. Jangan sesekali dengan bangga, seghonok & meriahnya dok p ceghite kat jiran tetangga dosa yang pernah dilakukan di suatu masa dulu.

Bukan itu je. Si dia yang ingin bertaubat juga mesti melakukan 2 bentuk amalan baik iaitu:
1) AMALAN HATI
Fasa ini adalah fasa yang paling sulit. Maksiat terasa manis, disukai oleh hawa nafsu & bila dilakukan di khalayak ramai tidak timbul walau secebis rase malu. Malah bangga. Sesalilah dengan dosa yang dilakukan.
Kepada mereka yang bertaubat, hati itu juga perlu dijaga daripada sombong kerana mampu bertaubat. Jangan timbul perasaan riya', ujub & sum'ah atas kemampuan itu. 
Semailah rasa khauf iaitu takut-takut kalau taubat tidak diterima Allah & bajailah rasa raja' iaitu berharap agar Allah menerima taubat tersebut.

2) AMALAN PANCAINDERA
Banyak-banyakkan, rajin-rajinkan untuk melakukan sebanyak-sebanyak amalan kebajikan untuk bertaubat dari dosa. Contoh? Ini dia =)

* Berwudu' & menunaikan solat sunat taubat:
Abu Bakar r.a berkata: "Aku telah mendengar Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud: 'Tidaklah bagi seorang lelaki yang melakukan dosa akan bangun, membersihkan diri (berwuduk), menunaikan solat (solat sunat taubat 2 rakaat) & kemudian meminta ampun kepada Allah dengan beristighfar melainkan Allah akan memberikan keampunan baginya."
(Riwayat Imam Al-Tirmizi & Imam Abu Daud) 

Memperbanyak istighfar:
"Demi Allah, sesungguhnya aku meminta ampun kepada Allah & bertaubat kepada-Nya setiap hari lebih 70 kali."
(Riwayat Imam al-Bukhari)


Sedangkan Rasulullah s.a.w tidak berdosa & maksum, ini pula kita sebagai umat Baginda yang berdosa. Maka, tindakan ini wajib diikuti. justeru, Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud,

"Wahai manusia, bertaubatlah kepada Allah. Sesungguhnya, aku bertaubat kepada Allah sebanyak 100 kali setiap hari."
(Riwayat Imam Muslim)


Melakukan amal kebajikan:
Tutupi dosa sejarah silam dengan kebajikan yang kita usahakan sekarang. Jangan diburu perasaan bersalah sehingga timbul rasa kecewa, murung & patah semangat untuk terus hidup & terus berusaha.

Syaitan ni kan licik sangatt. Syaitan bijak tipu manusia sehingga penyesalan atas dosa-dosa menjadikan seseorang itu berputus asa dari rahmat Allah. Jangan buat macam tu. Jadikan penyesalan sebagai dorongan untuk terus maju ke hadapan tanpa jemu & lesu. Bukan senang rasa menyesal tu nak timbul lepas buat dosa. Tak semua orang rase..

Saidina Umar r.a pernah berkata: "Aku telah melakukan pelbagai amalan soleh untuk menghapuskan kesalahanku."

Dapat kita lihat bahawa sudah tentu beliau sangat memahami maksud hadith ni,
"Sesungguhnya, perumpamaan orang yang melakukan kejahatan kemudian mengerjakan perkara kebaikan seperti seorang lelaki yang memakai baju perang besi yang sempit sehingga mencekiknya. Apabila dia melakukan amalan kebaikan, maka terbukalah satu lubang, kemudian dia melakukan kebaikan lain & terbukalah lubang lain sehinggalah terbuka kesemuanya & ia jatuh ke atas tanah."
(Rwayat Imam Al-Tabarani)

Ukhti NurFisabilillah

Taubat Sebelum Terlambat (Part 1)

بسم الله الرحمن الرحيم

"Dosa umpama pokok yang tumbuh di dalam hati. Semakin lama dosa itu dibiarkan tanpa dicabut keluar, maka semakin kuat cengkaman akar dosa itu di dalam jiwa seseorang.
dosa umpama benih pohon kejahatan yang bersemi di dalam hati. Mula-mula dia bercambah, mengeluarkan akar, batang, dahan, ranting & daun-daun."

Catatan & penulisan ini bukan kerana nama,
Nama tidak menjamin Redha Rabbuna.
Penulisan ini bukan kerana harta,
Lagilah harta tidak menjamin ke syurga.
Bukan juga kerana terpaksa,
Memaksa itu bukan sifatnya Habibullah.
Ini bukan kerana sesiapa,
Kerana sesiapa bukan ghoyah utama.
Penulisan ini hanyalah kerana Allah,
Kerana RedhaNya adalah kunci kejayaan dunia,
Gerbang menuju Jannah

Ajarilah kami bagaimana memberi sebelum meminta,
berfikir sebelum bertindak,
santun dalam berbicara,
tenang ketika gundah,
diam ketika emosi melanda,
bersabar dalam setiap ujian.

Jadikanlah kami orang yang selembut Abu Bakar As-Siddiq,
sebijaksana Umar bin Khattab,
sedermawan Uthman bin Affan,
sepintar Ali bin Abi Thalib,
sesederhana Bilal & setegar Khalid bin Walid radliallahu'anhum
Amiin Ya Rabbal'alamin

Dosa penghalang untuk taat kepada Allah. Sedangkan taat itu menjamin keselamatan kita di dunia & akhirat.
Allah berfirman yang bermaksud:
"Dan bertaubatlah kamu sekalian kepada Allah, wahai orang yang beriman supaya kamu beruntung."
(An-Nur, 24: 31)

Ukhti NurFisabilillah