Sabtu, 28 Disember 2013

Syukur Kini Aku Menutup Aurat

Detik waktu yang semakin hari semakin membuka mata aku yang sedikit sepet ini untuk melihat betapa indahnya wanita yang menutupi auratnya dan melabuhkan pakaiannya di hadapan ajnabi. Aku masih samar dan hampir sebulan lebih mencari identiti diri dengan membandingkan diri aku dengan wanita-wanita muslimah yang lain.
“Ya Allah, bagaimanakah dia boleh berpakaian menutup aurat begitu, sedangkan aku masih berpakaian membalut aurat?”
“Aku nak pakai cantik-cantik la, biar jejaka-jejaka hensem melihat dan mengetahui kewujudan aku.”
“Aku nak hias elok-elok la sikit sebab nak jumpa kekasih hati aku.”
“Eh, dia tu pakai baju besar-besar tak rimas ke?”
Dan banyak lagi kenyataan dan persoalan yang dituturkan dalam minda dan hati aku. Astaghfirullahalaziim… begitu kolot pemikiran aku.
Aku pernah terfikir untuk mencuba berubah dan berhijrah menutup aurat dengan sempurna setelah masuk ke alam kampus. Namun, aku terlalu mengikut kata hati yang kadangkala membuat keinginan berubah itu menjadi mati.
Fikiran aku terus berputar mengatakan bahawa, jika aku ingin berubah untuk menutup aurat dengan sempurna, seluar jeans yang baru dibeli macamana? Baju-baju kesayangan tak dapat dipakai lagi, dan sewaktu dengannya. Tanpa aku menyedari, Allah telah membuka pintu hati aku secara perlahan-lahan, memberi taufik dan hidayah-Nya untuk mengubah cara berpakaianku seperti wanita muslimah yang ingin mencari syurga yang abadi.
iluvislam, hijab
Dan aku yakin, segelintir kaum hawa yang menangguh untuk berubah adalah disebabkan tidak bersedia untuk beristiqamah, kerana perangai yang kurang elok, dan rasa sayang terhadap pakaian yang baru dibeli, mahal dan cantik.
Wahai kaum hawa, berdoalah agar dibukakan pintu hati untuk menutup aurat dengan sempurna, berkorbanlah walau kalian sayang dengan pakaian mahal, sendat, cantik dan seumpama itu. Percaya dan yakinlah bahawa, pengorbanan itu tidaklah sia-sia melainkan pelbagai limpahan ganjaran yang akan Allah hadirkan nanti.
Memang ramai yang terfikir :
“Tutup aurat je, perangai tak tahulah; lebih daripada setan.”
“Harap je tutup melitup, perangai tak senonoh, ketawa berdekah-dekah.”
“Kalau aku nak berubah pakai elok-elok, aku nak ubah perangai dulu.”
Wahai sekalian sahabat-sahabat, perangai susah nak berubah. Kalau la nak tunggu perangai berubah dulu, kita tak tahu bila la nak dapat tutup aurat seperti garis panduan Islam. Buka minda kita, cuba berfikir secara logik, sekiranya kita cuba untuk menutup aurat dengan sempurna, dengan izin Allah, secara perlahan-lahan perangai yang buruk tadi akan turut berubah ke arah yang lebih baik. insyaAllah. Sama-sama kita doakan.
Hadirnya aku di sini, ingin cuba membuka mata kaum hawa yang aku cintai, sedarlah kita hidup cuma sementara, mati tak tahu bila, ajal masa mana pun boleh tiba. Berubahlah sebelum terlambat, berkorbanlah kerana pengorbanan itu harus dikorbankan.
Untuk apa?? Untuk menggapai redha Ilahi.
Untuk siapa?? Untuk Pencipta kita yang seharusnya kita patuhi.
Mengapa?? Kerana itu dituntut dalam Islam agama yang kita anuti.
Dan mengapa?? Kerana kita sememangnya hamba ALLAH, yang seharusnya minda dan hati selalu ingat Ilahi.
Alhamdulillah aku berubah kerana Allah. Allah telah hadirkan seseorang sahabat kepada aku yang dulunya berpakaian ‘rockers’ dan secara drastiknya dia memakai tudung bulat labuh. SubhanAllah, aku mengagumi kekuatan yang Engkau berikan kepada dirinya.
Lantas mindaku berputar ligat berfikir, “Dia boleh berubah, kenapa tidak aku?”
Aku mengumpul segala kekuatan, berubah kerana Allah, Allah lah yang menciptakan sekalian makhluk, kenapa tidak kita berkorban kerana-Nya? Sungguh banyak nikmat yang diberikan, tidakkah kita rasa betapa sayangnya Dia pada kita.
Diri ini bukanlah sempurna sangat tapi  mencuba untuk menyampaikan apa yang Allah suruh dan aku cuba untuk menyampaikan dakwah walaupun hanya sedikit.  Sudah jelas dalam Al-Quran, Allah menyuruh hamba-Nya menutup aurat, bukan membalut aurat.
“Wahai anak cucu Adam! Sesungguhnya kami telah menyediakan pakaian untuk menutupi auratmu dan untuk perhiasan bagimu. Tetapi, pakaian takwa, itulah yang lebih baik. Demikianlah sebahagian tanda-tanda kekuasaan Allah, mudah-mudahan mereka ingat.” (Al-A’Raf: 26)
Sekiranya kita sendiri mengkhianati diri kita, dan membuat kezaliman terhadap diri kita, maka siapa akan menolong kita nanti.
“…Wahai manusia! Sesungguhnya kezalimanmu bahayanyaakan menimpa dirimu sendiri; itu hanya kenikmatan hidup duniawi, selanjutnya kepada kamilah kembalimu, kelak akan kami kabarkan kepadamu apa yang telah kamu kerjakan.” (Yunus: 23)
Marilah berubah wahai kaum hawa. Tutuplah aurat dengan sempurnya. tak usah lah nak buka sini buka sana.
iluvislam, hijab
Dan… Al-Quran tidak ada keraguan padanya. Takutlah pada azab Allah. Cuba tutup aurat dengan sempurna, insyaAllah akan ada perubahan yang baik terhadap sesuatu yang lain.
“Kitab (Al-Quran) ini tidak ada keraguan padanya; petunjuk bagi mereka yang bertaqwa.” (Al-Baqarah: 2)

Jumaat, 20 Disember 2013

USRAH


USRAH




Definisi dan Konsep
Perkataan usrah berasal dari kalimah Arab, (الأسرة ( yang bermaksud keluarga. Manakala menurut Kamus Dewan Bahasa Dan Pustaka, keluarga bermaksud kaum, saudara mara, kaum kerabat, sanak saudara atau pun ia disebut sebagai Famili. Di dalam kamus al-Munjid Fi al- lughatu Wa al-A’lam adalah mufrad kepada (أسر ) iaitu satu kumpulan yang mempunyai hubungan yang kukuh.

Manakala dari segi istilahnya pula, usrah bermaksud kumpulan atau individu atau mukmin yang beriman dengan agama Islam, berusaha dan tolong- menolong di antara satu sama lain untuk memahami dan menghayati Islam berdasarkan kepada perintah Allah di dalam surah al-Maaidah ayat 2 yang bermaksud “ Dan hendaklah kamu bertolong-tolong untuk membuat kebajikan dan bertakwa dan janganlah kamu bertolong-tolong dalam membuat dosa (maksiat) dan pencerobohan. Dan bertaqwalah kepada Allah, kerana sesungguhnya Allah Maha Berat azab seksaan-Nya (bagi sesiapa yang melanggar perintahnya).

Pembentukan Usrah yang pertama yang dilaksanakan oleh Rasulullah s.a.w ialah di rumah al-Arqam bin Abi –Arqam. Rasul mengajar mereka yang hadir setiap ayat Quran yang diturunkan. Baginda juga menekankan proses pembinaan sifat-sifat luhur seperti baik hati,amanah, bertanggungjawab, bercakap benar, berani dan sebagainya di dalam diri para sahabat.Jelaslah di sini bahawa ‘usrah’ bukan sahaja tempat untuk menyampaikan atau mendapatkan ilmu, malahan ia merupakan tempat untuk sesama ahli kumpulan membincangkan sesuatu masalah yang timbul dan juga tempat untuk membentuk peribadi dan sahsiah ahli usrah dan bertolong-tolong apabila ada ahli yang ditimpa kesusahan. Usrah juga merupakan satu medium dakwah untuk berdialog mengenai Islam secara dinamik

RUKUN USRAH


1. Taaruf. Taaruf bermaksud berkenalan secara mendalam hingga menimbulkan kasih sayang dengan tujuan al-hubbufillah. Firman Allah: Maksudnya: Sesungguhnya orang-orang mukmin itu bersaudara ....." Dan Sabda Rasulullah s.a.w., maksudnya: “Orang yang beriman dengan orang yang beriman yang lain laksana satu binaan, saling kuat menguat antara satu dengan yang lain”. Sabda Rasulullah s.a.w., maksudnya: Kami mengasihi saudara kerana dia adalah saudara pada jalan Allah. Di samping itu sikap mahabbah mesti dibuktikan dalam amalan dan penghayatan bukan sekadar teori semata-mata. At-Taaruf ialah kenal mengenal dari bab mufa'alah (daripada dua belah pihak) salbi dan i-jabi (memberi dan menerima)--kenal yang benar-benar, tahu selok-belok tentang saudara kita, supaya kita membuat dan bertindak untuk mengarah sesuatu yang sesuai dengannya.

2. Tafahum. Tafahum maksudnya bersefahaman. At-tafahum daripada bab mufa'alah juga, bertujuan supaya usrah membuahkan suatu sikap, satu tindakan daripada sama-sama faham, sama-sama beramal iaitu sama-sama menjalankan perintah Allah, tunduk kepada kebenaran, muhasabah diri, muhasabah sama-sama jemaah dan disusuli dengan nasihat menasihati antara saudara (ad-Dinul nasihah). Awas jangan sama sekali nasihat menasihati ini menimbulkan apa-apa perasaan yang tidak senang kepada satu sama lain, baik yang memberi atau menerima, cuba renungkan hadith di atas. 

3. Takaful. Rukun ini merupakan dasar membela nasib sesama sendiri, supaya jangan ada orang yang terbiar atau terlantar nasibnya tidak terbela. Maksud rukun ini ialah anggota usrah hendaklah mengambil berat masalah-masalah yang dihadapi oleh saudaranya. Takaful ini merupakan pancaran pekerti yang dilahirkan daripada keimanan, dan merupakan inti sari daripada ukhuwah yang murni.

Sabda Rasulullah s.a.w., maksudnya: Sesungguhnya seorang kamu pergi menunaikan sesuatu keperluan saudaranya lebih baik baginya daripada beriktikaf di masjid aku selama sebulan. Dan sabdanya lagi, maksudnya: Sesiapa yang telah memasukkan kegembiraan iaitu menghilangkan kesusahan dan kesukaran kepada keluarga muslim, maka Tuhan tidak melihat balasan kepada selain syurga. Inilah gambaran besar atau kecilnya at-takaful dalam Islam bagi rukun usrah ketiga
.

Salam Ukhuwah Fillah Abadan Abada
Ukhti NurFisabilillah




Khamis, 19 Disember 2013

"Taubat Itu Sukar Tetapi Tidak Bertaubat Itu Jauh Lebih Sukar." (PART 2)




Menyesal timbul bile kita kehilangan atau terlepas sesuatu yang sangat bernilai dalam hidup. Hilang kasut Bonia kat masjid. Hilang pencuci muke SK II kat asrama. Hilang rantai Zhulian dalam LRT.

Seseorang yang merasakan iPad nye adalah sesuatu yang sangat bernilai,
bile rosak dia akan menyesal.
Sebaliknya sesiapa yang menyesal apabila terlepas solat subuh ini adalah kerana dirasakan bahawa solat subuh itu sangat bernilai.

Ada 2 situasi:
1) Seorang ini meninggalkan solat Subuh dengan sengaja
2) Seorang ini pula kehilangan iPad canggihnya

Orang yang meninggalkan solat subuh tidak berasa menyesal sedikit pun atas kesalahannya biarpun ada hadith yang menyatakan bahawa orang yang meninggalkan solat Subuh dengan sengaja diancam dengan kekafiran. Sebaliknya, individu yang kehilangan barang berharganya pula yang berasa amat menyesal & terkilan.

Menyesal datangnya dari hati. Tak boleh dibuat-buat. Muncul secara automatik. Soal hati tidak boleh dipaksa atau dilakonkan. Try pura-pura menyesal. Pelik..

Menyesal adalah syarat-syarat bertaubat. Nampak mudah yakni dengan hanya perlu menyesal, namun bukan senang, bukan mudah untuk melahirkan perasaan menyesal di dalam hati. Automatik perasaan menyesal timbul apabila hati & akal mempunyai ilmu & keyakinan sudah sebati & serasi. Jika hati seseorang tidak benar-benar yakin akan akibat dosa, maka tidak mungkin dia berasa menyesal.

UBAH SUASANA, CARI TEMAN SEALIRAN, AJAK KAWAN AGAR BERADA DI ATAS SATU SALIRAN
Untuk bertaubat akan menjadi payah walaupun hati nekad untuk berubah kalau suasana sekeliling tidak membantu & teman sealiran tiada. Sebaiknya, carilah suasana yang tidak menggoda atau mengingatkan kita kepada dosa-dosa silam yang pernah dilakukan di tempat tersebut.

Kita ambil contoh,
1) Ex peminum arak hendaklah menjauhi kedai kedai yang menjual arak jika benar dia sudah menyesal & bertaubat.
2) Ex penzina mesti menjauhi daripada segala elemen yang boleh menggodanya semula untuk berzina seperti tempat pelesiran, filem lucah, buku buku porno & etc.

Jauhi teman teman yang masih belum insaf & degil untuk terus hidup dalam maksiat walau sudah diajak bersama sama untuk melakukan suatu perubahan yang baik. Agama seseorang mengikut agama temannya.

Jika terpaksa memutuskan hubungan dengan individu yang berusaha untuk menyesatkan kita, jauhi dia.
Jauhi dengan cara paling berhikmah. "Bakarlah jambatan" dengan semua perkara, tempat, suasana, & individu yang menggoda kita kembali menderhaka kepada Allah.
Inilah yang dilakukan Ka'ab bin Malik sewaktu pihak kafir menghantar surat untuk memujuknya kembali kafir ketika dipulaukan oleh Rasulullah SAW 


AMALAN HATI & ANGGOTA
Setelah timbul penyesalan dalam diri, berada di dalam suasana yang kondusif & teman sealiran untuk bertaubat, hendaklah si dia yang ingin bertaubat berhenti serta-merta daripada melakukan dosa tersebut & berazam untuk tidak mengulanginya lagi. Jangan sesekali dengan bangga, seghonok & meriahnya dok p ceghite kat jiran tetangga dosa yang pernah dilakukan di suatu masa dulu.

Bukan itu je. Si dia yang ingin bertaubat juga mesti melakukan 2 bentuk amalan baik iaitu:
1) AMALAN HATI
Fasa ini adalah fasa yang paling sulit. Maksiat terasa manis, disukai oleh hawa nafsu & bila dilakukan di khalayak ramai tidak timbul walau secebis rase malu. Malah bangga. Sesalilah dengan dosa yang dilakukan.
Kepada mereka yang bertaubat, hati itu juga perlu dijaga daripada sombong kerana mampu bertaubat. Jangan timbul perasaan riya', ujub & sum'ah atas kemampuan itu. 
Semailah rasa khauf iaitu takut-takut kalau taubat tidak diterima Allah & bajailah rasa raja' iaitu berharap agar Allah menerima taubat tersebut.

2) AMALAN PANCAINDERA
Banyak-banyakkan, rajin-rajinkan untuk melakukan sebanyak-sebanyak amalan kebajikan untuk bertaubat dari dosa. Contoh? Ini dia =)

* Berwudu' & menunaikan solat sunat taubat:
Abu Bakar r.a berkata: "Aku telah mendengar Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud: 'Tidaklah bagi seorang lelaki yang melakukan dosa akan bangun, membersihkan diri (berwuduk), menunaikan solat (solat sunat taubat 2 rakaat) & kemudian meminta ampun kepada Allah dengan beristighfar melainkan Allah akan memberikan keampunan baginya."
(Riwayat Imam Al-Tirmizi & Imam Abu Daud) 

Memperbanyak istighfar:
"Demi Allah, sesungguhnya aku meminta ampun kepada Allah & bertaubat kepada-Nya setiap hari lebih 70 kali."
(Riwayat Imam al-Bukhari)


Sedangkan Rasulullah s.a.w tidak berdosa & maksum, ini pula kita sebagai umat Baginda yang berdosa. Maka, tindakan ini wajib diikuti. justeru, Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud,

"Wahai manusia, bertaubatlah kepada Allah. Sesungguhnya, aku bertaubat kepada Allah sebanyak 100 kali setiap hari."
(Riwayat Imam Muslim)


Melakukan amal kebajikan:
Tutupi dosa sejarah silam dengan kebajikan yang kita usahakan sekarang. Jangan diburu perasaan bersalah sehingga timbul rasa kecewa, murung & patah semangat untuk terus hidup & terus berusaha.

Syaitan ni kan licik sangatt. Syaitan bijak tipu manusia sehingga penyesalan atas dosa-dosa menjadikan seseorang itu berputus asa dari rahmat Allah. Jangan buat macam tu. Jadikan penyesalan sebagai dorongan untuk terus maju ke hadapan tanpa jemu & lesu. Bukan senang rasa menyesal tu nak timbul lepas buat dosa. Tak semua orang rase..

Saidina Umar r.a pernah berkata: "Aku telah melakukan pelbagai amalan soleh untuk menghapuskan kesalahanku."

Dapat kita lihat bahawa sudah tentu beliau sangat memahami maksud hadith ni,
"Sesungguhnya, perumpamaan orang yang melakukan kejahatan kemudian mengerjakan perkara kebaikan seperti seorang lelaki yang memakai baju perang besi yang sempit sehingga mencekiknya. Apabila dia melakukan amalan kebaikan, maka terbukalah satu lubang, kemudian dia melakukan kebaikan lain & terbukalah lubang lain sehinggalah terbuka kesemuanya & ia jatuh ke atas tanah."
(Rwayat Imam Al-Tabarani)

Ukhti NurFisabilillah

Taubat Sebelum Terlambat (Part 1)

بسم الله الرحمن الرحيم

"Dosa umpama pokok yang tumbuh di dalam hati. Semakin lama dosa itu dibiarkan tanpa dicabut keluar, maka semakin kuat cengkaman akar dosa itu di dalam jiwa seseorang.
dosa umpama benih pohon kejahatan yang bersemi di dalam hati. Mula-mula dia bercambah, mengeluarkan akar, batang, dahan, ranting & daun-daun."

Catatan & penulisan ini bukan kerana nama,
Nama tidak menjamin Redha Rabbuna.
Penulisan ini bukan kerana harta,
Lagilah harta tidak menjamin ke syurga.
Bukan juga kerana terpaksa,
Memaksa itu bukan sifatnya Habibullah.
Ini bukan kerana sesiapa,
Kerana sesiapa bukan ghoyah utama.
Penulisan ini hanyalah kerana Allah,
Kerana RedhaNya adalah kunci kejayaan dunia,
Gerbang menuju Jannah

Ajarilah kami bagaimana memberi sebelum meminta,
berfikir sebelum bertindak,
santun dalam berbicara,
tenang ketika gundah,
diam ketika emosi melanda,
bersabar dalam setiap ujian.

Jadikanlah kami orang yang selembut Abu Bakar As-Siddiq,
sebijaksana Umar bin Khattab,
sedermawan Uthman bin Affan,
sepintar Ali bin Abi Thalib,
sesederhana Bilal & setegar Khalid bin Walid radliallahu'anhum
Amiin Ya Rabbal'alamin

Dosa penghalang untuk taat kepada Allah. Sedangkan taat itu menjamin keselamatan kita di dunia & akhirat.
Allah berfirman yang bermaksud:
"Dan bertaubatlah kamu sekalian kepada Allah, wahai orang yang beriman supaya kamu beruntung."
(An-Nur, 24: 31)

Ukhti NurFisabilillah






Sabtu, 2 November 2013

YA ALLAH..SUKARNYA MENDIDIK NAFSU

Ya ALLAH...

Sukarnya mendidik nafsu...

Yang sentiasa ingin Membawaku jauh dariMu..



Ya ALLAH...

Gusarku memikirkan,

apa yang perlu kulakukan tatkala begitu sukar untukku melawannya...



Ya ALLAH..

ku tahu...

aku hanyalah hambaMu...

yang hina lagi menjijikkan dengan dosa-dosa yang kulakukan..

sama ada sedar atau tidak...



namun,

ya ALLAH..

Jaaauh disudut hatiku...

aku ingin menyintaiMu...merinduiMu..

dalam setiap saat hidupku yang tidak tahu bila tamatnya..



Ya ALLAH..

aku takut...

aku takut aku berada jauh dariMu..

dugaan godaan dunia termasuk nafsu yang menggila ingin menguasaiku...

amat menguji imanku...



Ya ALLAH...

terkadang seperti mahu saja...

aku rasa cemburu dengan malaikatMu...

sentiasa beribadah dan taat padaMu...

tergelakku sendiri..

bila akal yang suka memikirkan hal ini...

memikirkan perkara yang entah apa-apa...


ALLAH..

siapalah aku dalam pandanganMu..

adakah aku berada dalam pandanganMu..

atau Kau telah berpaling..

dari melihat hambaMu yang hina ini...


ALLAH..
janganlah Kau murka padaku...



ALLAHURABBI..ALLAH..ALLAH...

Ampunkan dosa-dosaku...

dosa kedua ibubapaku..

dosa keluargaku..

dosa guru-guruku..

dosa sahabat-sahabatku..

dosa sekalian muslimin musilmat..

termasuk golongan beriman sebelum kami...

Rabu, 30 Oktober 2013

::MENCARI REDHA ALLAH::


HAKIKAT MANUSIA PADA YANG NAK BERUBAH MENCARI REDHA ALLAH.
peduli apa kata manusia.. peduli kata ALLAH. 



Bila manusia buat jahat,manusia akan kata eee ... jahatnya dia ??????
Bila manusia buat baik,manusia akan kata eeee....buat2 alim ler tu,mesti ada apa2 ler tu??????TETIBA BERUBAH DRASTIK?????

YA ALLAH MULUT MANUSIA.... YANG TAKAKAN HABIS BERCAKAP SAMPAI HARI KIAMAT...

inilah hakikat manusia...
Tadahlah tangan dan bersyukurlah bila kita dapat rasa perubahan dan berubah ke arah yg diredhai ALLAH tidak ke takuk lama seperti dulu yg jahil yg tidak tahu haram/halal .. yg mana Allah redha dan yg mana Allah tidak redha seolah sama rata masa jahil dahulu.

ingat biar apa manusia nak kata apa dan peduli apa kata mereka dan doakanlah mereka untuk mendapat pentunjuk/hidayah Allah sama seperti apa Allah bagi kita yang berubah kearah mencari REDHA nya.. jangan marah malah bersyukur sebab Allah datangkan mereka untuk melihat keimanan kita adakah kita betul dah berubah atau hanya sekadar kata.

Bila ALLAH rindu dan sayang seseorang ALLAH akan hadirkan rasa nak berubah dan hantarkan orang wakil untuk kita berubah menuju jalan yg lurus kepadanya...
Jika kita tidak ada rasa nk berubah nak melihat mereka yg dan berubah dan mengata mereka.. mereka yg mengata adalah manusia yg rugi kerana mereka masih dalam kejahilan.

"BIAR MANUSIA NAK KATA APA.. PEDULIKAN MEREKA"
"PEDULIKAN KATA ALLAH.. DALAM MENCARI REDHANYA"

DARI NIQABIS.

^...............^ TIDAK MENJADI KUDIS BAGI KAMI JIKA MEREKA MENGATA SESUNGGUHNYA KAMI KEJALAN REDHA ALLAH.

ALLAH SENTIASA BERSAMA MANUSIA YANG NAK KEJALANNYA. 
BERUBAHLAH KERANA ALLAH BUKAN KERANA MANUSIA....

WAALLAHUALAM

Rabu, 23 Oktober 2013

مـــن مثــل أحمـــد في الكونــين نهـــواه Man Mithlu Ahmada Fil Kaunaini Nahwahu - Rahmat Ekamatra


مـــن مثــل أحمـــد في الكونــين نهـــواه Man Mithlu Ahmada Fil Kaunaini Nahwahu - Rahmat Ekamatra


من مثل أحمد فـــي الكونين نهواه
من مثل أحمد فـــي الكونين نهواه
بدر جميع الورى فــي حسنه تاهـو
بدر جميع الورى فــي حسنه تاهـو

من مثل أحمد فـــي الكونين نهواه
من مثل أحمد فـــي الكونين نهواه
بدر جميع الورى فــي حسنه تاهـو
بدر جميع الورى فــي حسنه تاهـو

الشمس تخجل من أنـوار طلعتــه
الشمس تخجل من أنـوار طلعتــه
حارت عقول الورى في وصف معناه
حارت عقول الورى في وصف معناه

من مثل أحمد فـــي الكونين نهواه
من مثل أحمد فـــي الكونين نهواه
بدر جميع الورى فــي حسنه تاهـو
بدر جميع الورى فــي حسنه تاهـو

تبارك الله ما أحلى شمائــــلـــــه
تبارك الله ما أحلى شمائــــلـــــه
حاز الجمال فمـــا أبهــــى محيــــاه
حاز الجمال فمـــا أبهــــى محيــــاه

من مثل أحمد فـــي الكونين نهواه
من مثل أحمد فـــي الكونين نهواه
بدر جميع الورى فــي حسنه تاهـو
بدر جميع الورى فــي حسنه تاهـو 


هذا جمييل وكل الناس تعشقه
هذا جمييل وكل الناس تعشقه
وسائر الخلق في أوصافه تاهو
وسائر الخلق في أوصافه تاهو

 
من مثل أحمد فـــي الكونين نهواه
  من مثل أحمد فـــي الكونين نهواه
بدر جميع الورى فــي حسنه تاهـو
بدر جميع الورى فــي حسنه تاهـو
 
يا أهل وادي النقى يا أهل كاظمة
يا أهل وادي النقى يا أهل كاظمة
في حيكم قمر في القلب مأواه 
في حيكم قمر في القلب مأواه
 
من مثل أحمد فـــي الكونين نهواه
من مثل أحمد فـــي الكونين نهواه
بدر جميع الورى فــي حسنه تاهـو
بدر جميع الورى فــي حسنه تاهـو

صلى عليه إله العرش ما طلعت
صلى عليه إله العرش ما طلعت
شمس وما قد حذا الحاذي مطاياه
شمس وما قد حذا الحاذي مطاياه

من مثل أحمد فـــي الكونين نهواه
من مثل أحمد فـــي الكونين نهواه
بدر جميع الورى فــي حسنه تاهـو
بدر جميع الورى فــي حسنه تاهـو



Terjemahan di dalam bahasa Melayu
(dari Cover Album)

من مثل أحمد فـــي الكونين نهواه 
Siapakah gerangan yang dapat menyamai Ahmad
(Nabi Muhammad s.a.w)
di dua alam ini pada ketinggian akalnya
بدر جميع الورى فــي حسنه تاهـو 
Baginda adalah bulan purnama bagi seantero makhluk pada kecantikannya yang membingungkan
الشمس تخجل من أنـوار طلعتــه 
hinggakan matahari berasa malu tatkala 
melihat cahaya baginda yang terpancar
حارت عقول الورى في وصف معناه 
Akal manusia pula menjadi bingung tatkala 
mengambarkan hakikat diri Baginda
تبارك الله ما أحلى شمائــــلـــــه 
Maha Suci Allah, alangkah indahnya keperibadian 
Baginda yang memiliki segala kecantikan
حاز الجمال فمـــا أبهــــى محيــــاه 
Maka alangkah indahnya kehidupannya
هذا جمييل وكل الناس تعشقه 
Seluruh manusia menjadi asyik dengan 
kecantikan Nabi ini
وسائر الخلق في أوصافه تاهو 
Seluruh makhluk menjadi bingung untuk 
menjelaskan gambaran sifat-sifatnya
يا أهل وادي النقى يا أهل كاظمة 
Wahai penghuni lembah yang suci ini 
Wahai penduduk Kazimah 
(Madinah)
في حيكم قمر في القلب مأواه 
Di tempat kalian terdapat bulan (Nabi Muhammad) 
yang bersinggahsana di dalam hati
صلى عليه إله العرش ما طلعت 
Semoga Tuhan Arasy melimpahkan rahmat 
ke atasnya selama terbitnya matahari
شمس وما قد حذا الحاذي مطاياه 
Dan selagi penunggang unta menarik 
untanya dengan iringan nyayian bagi 
mempercepatkan langkahnya 


Sabtu, 19 Oktober 2013

::KISAH CINTA AKU::

Assalamualaikum...w.b.t

(berkongsi pengalaman kisah hidup saya)
Alhamdulillah...selasai sda melakukan solat magrib & isyak, hati pun rasa tenang.


“Aku dan dia dah putus…”
“Kenapa?”
“Dia dah x sayangkan aku. Pelik bukan. Tiba-tiba saja perasaan tu hilang”
“Kau pasti dengan keputusan kau. Kau x kesiankan dia? Dia sayang kau…”
“Kesian la jugak. Tapi bila aku fikir balik. Lagi kesian kalau aku teruskan. Aku dah x mampu…”
“Buatlah apa yang kau rasa terbaik….”
“Dia ada perempuan belakang aku. Dia tipu aku. Aku rasa pedih. Terlalu pedih…”

“Kenapa kau pedih. Kan perasaan kau dekat dia dah lama hilang”
“Entah. Mungkin rasa dikhianati. Tak dihargai. Mungkin kalau aku sayang dia. Sekarang aku dah longlai. separuh mati aku terluka.  rabak. koyak. patah….”

“Lupakanlah. Jangan bebani hati fikiran diri kau dengan benda dah lepas ni…Tidurlah dah lewat…”
“Aku tak boleh stop. Mata aku x boleh nak lelap . Kecewa aku menggunung. Otak aku overtime….”

beberapa bulan kemudian
“Aku selalu tertanya-tanya kenapa perasaan aku pada dia boleh hilang. Sekelip mata.”
“kau ada jawapan?”
…senyum ” ada…mudah.”
“Apa dia?”

“Bila aku pandang semua benda yang jadi tu ada hikmah. Aku mula refleksi balik segala apa yang aku dah buat. Apa yang jadi dalam hidup aku. Dan aku dapat jawapan. Kau nak tahu?”

“Kongsi lah…”

“Allah sayang aku. Dia taknak aku setia pada orang yang x hargai aku. Dia benarkan aku tahu kebenaran setelah setahun. Mungkin masa tu baru kekuatan aku cukup untuk menampung kekecewaan aku. Dan aku fikir-fikir balik, Allah beri yang terbaik untuk aku. Sedangkan banyak benda yang aku lalai. Hubungan aku dengan Allah aku terabai.”

“Maksud kau?”

“Aku banyak berfikir. Refleksi balik segalanya. Cari jawapan pada soalan-soalan aku. Aku kadang-kadang lalai dalam mengingati Allah. Leka dengan cinta lelaki. Aku dah bazirkan masa,duit untuk cinta lelaki. Aku dah sedar aku sepatutnya fokus cinta kepada Pencipta. Nak tahu sesuatu?”

“Teruskan aku dengar…”

“Aku pernah tanya kenapa aku jumpa lelaki yang salah. Sekarang aku rasa aku tahu kenapa. Aku belum cukup baik. Dan aku kena betulkan diri aku untuk dapat yang terbaik. Rasa cinta itu memang anugerah daripada Allah. Tapi kita manusia ni lebih menghargai rasa cinta itu daripada Si Pemberi.

sahabat aku pernah cakap bila kita couple susah nak kawal bukan…Rindulah sayanglah then gaduh sampai emo seminggu. Lepas itu mula nak pegang-pegang tangan, bergambar rapat-rapat…Sebab tu,lebih baik mencegah daripada mengubati bukan…”

“so sekarang?”

“aku tengah berjuang.menjadi lebih baik.doakan. Selangkah. Dua langkah…Aku sedang berlari. Mendekati Pencipta…”

“Lelaki? Cinta?”
“Hanya yang Halal. Janji Allah itu pasti.”
“Kau yakin sekarang? Rasa lebih baik?”
“Alhamdulillah. Semua jawapan-jawapan yang aku cari membawa aku pada Allah.aku nampak cahaya melambai-lambai dari jauh. Cahaya itu yang buat aku bangun. Dan ketenangan itu milik aku. Sungguh, hikmah itu kalau dicari gali manisnyatiada berpenghujung. Aku khilaf. Sebab aku tahu Allah sentiasa ada, cuma manusia yang mencipta jarak.

Itu kata-kata yang aku rasa sesuai dengan situasi aku. Mungkin dulu aku nak dekat dengan Dia bila nak sesuatu atau sedih kecewa saja. Tapi sekarang aku dah sedar, faham tanggungjawab aku. Allah buktikan lagi sayang Dia pada aku dengan adanya perasaan ini. Syukur :) “

(istikarah cinta)

p/s : Allahuma amin, Semoga bermanfaat :)

Jumaat, 11 Oktober 2013

::Tinta Seorang Hambah ::


assalamu'alaikum...



masuk ka tajuk kita nak berubah ke arah baik @ berubah hnya sekadar angan2 kosong..??
Alhamdulillah Allah berikan peluang tuk kita semua tuk berubah..tp kita yg tntukan kita nak berubah..?
kita nak brubah sebab org lain brubah ka..??
tgok org pakai jubah..kita nak pakai ka..??
tgok org pakai tdung labuh nak pakai kak..??
tgok org pakai kopiah nak pakai jga..??
tgok org berpurdah ,kita nak pakai jgak..??

 tu ka sbab kita nak brubah..?
nauzubillah...sama2 kita betulkan niat kerane Allah..
tepuk dade tnya iman...

kerana niat merupakan kunci amal..

hadis Nabi Muhammad S.A.W
siapa yg mngada2kan prkara yg bukan sebhgian drpda urusan agama kami,maka amalannya ditolak..
(HR Bukhari dan Muslim )

sesungguhnya stiap perbuatan bergantung kpd niat dna setiap org akan diblas berdasarkan apa yg di niatkan. sesiapa niat berhijrah kerana ingin mndpt keredhaan Allah dan RasulNYA,maka dia akan mndpatkn nya. dan sesiapa yg hijrah krna dunia yg dikehendakinya @ krna wnita yg ingin dikahwininye,maka nilai hjrah nya sperti yg diniatkannya..
(HR Bukhari dan Muslim )

sebab niat akn membezekan prbuatan kita bukan..?

kita kena ingt ramai org boleh berubah tp xramai org yg boleh istiqomah dalm perubahan..
jika kita brubah krna selain Allah,,perubahn tuk hnye skdar angan2 ksong krna xmgkin sekelip  mata kita berubah ke arah lebih terk jika niat yg salah..nauzubillah..
biar kita lakukan 1 perubahn krna Allah,,insya'Allah kekal dunia n akhirat walaupn bnda tu sikit ja...

kuatkan mujahadah tuk terus berubah n berubah ke arah lebih baik...
jgn pikir org kata kita pelik ka..bajrt alim, baik ka ,,apa ka..nie ka..
niat krna Allah tuk ubah diri ke arah lebih baik...

firman Allah:
tolaklah kejahatan nga sebuah kebaikan,nescaya engkau akan dpati musuhmu mnjadi seolah2 saudara..( surah al-fussilat:34 )

insya'Allah...
.jika kita pilih tuk berubah..mstilah hdpi smua rintangn n cabran..cekalkan hati,,kuatkan semngat n pggan kpda Allah...jgn putus asa,sbb mujahadah tu memang pahit bab kita nak gapai benda yg tersangat manis..

p/s: jgn kita offerkan diri kita sndiri tutk masuk ke nerake Allah dgn mlkukan semua yng dilarang oleh Allah atas dunia ni n meninggalakn apa yang disuruh..jgn pernah berani menghalalkan apa yg haram dan mengharamkan apa yg halal...

~jgn kita sangaja mncmpakkan diri kita ke lembah binase~
insya'Allah..bangunkan dunia bermatlamatkan akhirat..

jgn berubah time maal hijrah jah,time tahun baru jah..time bulan ramdahn ja..time exam ja..
sebab kita bukan hamba maal hijrah,bukan hambe tahun baru,bukan hambe bukan ramdhan tp kita hmbaaaa  Allah...
 bila ada peluang tuk berubah kita pegang kemah keming peluang tu n buat..
jgn biakan Allah mnrik peluang tu n xada lg peluang tuk dua kali..
jgn kita aniaya diiri sndri..insya'Allah...

Allah xakan mengubah nasib seeorang kaum itu,jika mereka xubah nya dengan sendiri..
(surah AR-ra'D )..
jika dulu kita x baik,,xsemestinya kita xble ubah untuk jadi baik,,kerana takdir Allah boleh diubah dengan berdoa n usaha...
wallahu'alam....