Jumaat, 10 Januari 2014

:: MUHASABAH DIRI ::

Seseorang yang ingin menyempurnakan diri sendiri, setelah bertaubat dari segala dosa yang telah dilakukan, maka hendaklah dia sentiasa fokus melihat keaiban diri sendiri dan meninggalkan kesibukan melihat keaiban orang lain.

Manusia yang sentiasa mencari salah dan kelemahan orang lain sentiasa lalai daripada melihat keaiban diri sendiri. Ia bagai pepatah yang mengatakan:

“kuman di seberang laut pun kelihatan, tetapi gajah di hadapan mata sendiri pula tidak kelihatan”

Imam Hasan Al-Bashri R.A. pernah berkata:
“Berbahagialah orang yang sibuk melihat keaiban diri sendiri daripada sibuk melihat keaiban orang lain”.

Orang yang sentiasa fokus dalam melihat kelemahan diri, akan mudah melihat ruang kekurangan diri lalu berusaha untuk membaikinya kerana Allah s.w.t. dan dengan bantuanNya. Usaha melihat ke dalam diri sendiri ini juga dikenali sebagai muhasabah diri.

Muhasabah dari sudut bahasa bererti: memerhatikan dan memperhitungkan.

Muhasabah dari sudut syarak pula bererti: perasaan yang timbul dalam batin seseorang, yang mencela kejahatan nafsu dan perbuatan maksiat yang telah dilakukan, yang mana, dari perasaan tersebutlah, timbulnya rasa keinsafan.

Sheikh Abdul Qadir Isa R.A. berkata:
"Orang yang sentiasa muhasabah dirinya, sentiasa berusaha untuk menjauhi dirinya daripada jalan-jalan yang membawa kepada kemaksiatan, dan sentiasa menyibukkan dirinya dengan ketaatan."
[Haqo'iq 'ani At-Tasawwuf m/s 235]

Firman Allah S.W.T:
Maksudnya:
"…dan adalah keadaannya itu melewati batas.”
(Surah Al-Kahfi: 28)

Imam Qotadah R.A. berkata berkenaan dengan ayat ini:
"Sesungguhnya, orang yang dimaksudkan di dalam ayat ini telah mensia-siakan dirinya dan merugikan dirinya. Dia menjaga harta-hartanya namun menggadaikan agamanya, akibat tidak muhasabah dirinya…"
[Tibb Al-Qulub bagi Ibn Qayyim: m/s 85]

Telah berkata Imam Al-Hasan berkenaan dengan ayat ini:
"Sesungguhnya, seseorang hamba itu, sentiasa dalam kebaikan, jika dalam dirinya ada seruan yang mencela dirinya, dan muhasabah diri merupakan sifat keutamaannya".

Firman Allah S.W.T lagi:
Maksudnya:
“Hai orang-orang yang beriman, bertakwalah kepada Allah dan hendaklah setiap diri memperhatikan apa yang Telah diperbuatnya untuk hari esok (akhirat)”
(Surah Al-Hasyr: 18)

Maksud ayat tersebut ialah, Allah S.W.T menyuruh kita memperhatikan setiap amalan yang dilakukan oleh kita, samada ianya suatu ketaatan ataupun suatu kemaksiatan bagi memastikan kebahagiaan di akhirat kelak.

Rasulullah Sallallahu ‘Alaihi Wasallam bersabda:
"Orang yang bijak ialah orang yang menghitung dirinya dan beramal untuk kehidupan setelah kematian…"
(Hadith riwayat At-Tirmizi dan Ibn Majah)

Maksud perkataan "daana nafsahu" dalam hadith tersebut bererti, menghitung dan muhasabah diri.

Imam Az-Zarruq r.a. berkata:
"Kelalaian daripada muhasabah diri itu membawa kepada kerosakan diri. Gagal dalam memperhatikan nafsu diri, membawa kepada sikap redha terhadap keburukan nafsu tersebut."
[Qawa'id At-tasawwuf m/s 75]

Sheikh Abdul Qadir Isa R.A. berkata:
"Sesungguhnya, muhasabah diri itu akan menyemai suatu rasa bertanggungjawab dalam diri seseorang, terhadap Allah S.W.T, makhluk-makhlukNya dan tanggungjawab terhadap dirinya sendiri untuk melaksanakan syariat Allah S.W.T.. Dengan muhasabah diri, seseorang dapat menghayati bahawa, dirinya tidak diciptakan secara sia-sia."




coba tanya diri kita???

Soalan  : Nama Negara yang banyak memenangi Piala Dunia Bola Sepak?

Soalan  : Siapakah pemain bola terkenal sekarang?

Soalan  : Siapakah nama isteri Beckham?

Soalan : Siapakah artis tercantik Malaysia dan sebagai Duta Malaysia?

Soalan  : Siapakah RAJA LAWAK  Nalaysia?

Soalan  : Berikan satu judul lagu dari kumpulan Hijjaz?

Soalan  : Siapakah hos untuk rancangan Melodi terbitan TV3?

Soalan  : Nama badan-badan politik di Malaysia?

Soalan : Siapakah yang menyanyikan lagu "Gemilang"?

Soalan : Siapakah nama suami Datuk Siti Nurhaliza?

Soalan : Siapakah kakak Siti Nurhaliza yang bertanding dalam AF6?


Bagaimana pula dengan soalan di bawah ini....
Berapa banyak pula, saya dan kawan-kawan boleh jawab???
Adakah kita semakin jauh dari landasan yang sepatutnya........


Soalan : Siapakah nama pengasas Tabligh yang dakwah Islam seluruh dunia?
Jawapan : Maulana Muhammad Ilyas Al-Kandahlawi.

Soalan : Siapakah yang mencipta Qasidah Burdah?
Jawapan : Imam Al-Bushiri

Soalan : Siapakah orang pertama yang menulis ilmu tajwid?
Jawapan : Abu 'Ubaid Qasim bin Salam.

Soalan : Siapakah orang pertama yang telah menerjemahkan Al-Qur'an ke dalam bahasa Persia pada masa Rasulullah SAW?
Jawapan : Salman Al-Farisi.

Soalan : Siapakah orang pertama yang meletakkan titik di dalam Al-Qur'an?
Jawapan : Abul Aswad Ad-Du`ali.

Soalan : Siapakah pengarang Kitab Fathul Bahri Syarah Shahih Bukhari?
Jawapan  : Ibnu Hajar As-Asqalani.

Soalan : Surah Al-Qur'an manakah yang memiliki 4 nama yang mashyur?
Jawapan : Surah al-Fatihah.

Soalan : Surah manakah menceritakan tentang Allah SWT?
Jawapan : Surah Al-Ikhlas.
  
Soalan : Surah manakah yang dikenal dengan sebutan "jantung / ibu" Al-Qur'an?
Jawapan : Surah Yassin.

Soalan : Surah manakah berakhiran dengan huruf Ra'?
Jawapan : Surah Al-Kautsar.

Soalan : Kisah Nabi Sulaiman dan Ratu Balqis disebut didalam surah mana?
Jawapan : Surah Saba '.

Soalan : Surah apakah yang pertama kali diturunkan?
Jawapan : Surah Al-'Alaq.

Soalan : Burung apakah yang telah memusnahkan pasukan Abrahah?
Jawapan : Burung Ababil.

Soalan : Binatang apakah yang telah membinasakan Raja Namrud?
Jawapan : Nyamuk.

Soalan : Binatang apakah yang menjadi salah satu surah dalam Al-Quran?
Jawapan : Lebah (An-Nahl).

Soalan : Apakah cara terbaik untuk membaca Al-Qur'an?
Jawapan : Tartil (betul makhraj dan tajwid).

Soalan : Berapakah kitab samawi yang disebutkan di dalam Al-Qur'an?
Jawapan : Injil, Taurat, Zabur, Shuhuf Ibrahim, Shuhuf Musa dan Al-Qur'an.

Soalan : Apakah surah yang dinamakan dengan “3 Qul"?
Jawapan : Surah Al-Nass, Al-Falaq, Al-Ikhlash..

Soalan : Bila di nuzul akan Al-Qur'an?
Jawapan : Bulan Ramadhan.


Mana Islam Di Hati Kita???
Hanya Islam di kad pengenalan??
Mana Cinta Kita pada Allah dan Rasul Kita??
" Wahai Tuhan kami,
kami tak layak kesyurgamu,
namun tak pula kami sanggup ke Neraka Mu,
kami lah hamba yang mengharap belas dari Mu,
Ya Allah,
jadikan lah kami hamba-hambu Mu yang bertaqwa,
ampunkan dosa-dosa kami, kedua ibubapa kami,
dosa semua umat-umat islam yang masih hidup
mahupun yang telah meninggal dunia…