Rabu, 30 Oktober 2013

::MENCARI REDHA ALLAH::


HAKIKAT MANUSIA PADA YANG NAK BERUBAH MENCARI REDHA ALLAH.
peduli apa kata manusia.. peduli kata ALLAH. 



Bila manusia buat jahat,manusia akan kata eee ... jahatnya dia ??????
Bila manusia buat baik,manusia akan kata eeee....buat2 alim ler tu,mesti ada apa2 ler tu??????TETIBA BERUBAH DRASTIK?????

YA ALLAH MULUT MANUSIA.... YANG TAKAKAN HABIS BERCAKAP SAMPAI HARI KIAMAT...

inilah hakikat manusia...
Tadahlah tangan dan bersyukurlah bila kita dapat rasa perubahan dan berubah ke arah yg diredhai ALLAH tidak ke takuk lama seperti dulu yg jahil yg tidak tahu haram/halal .. yg mana Allah redha dan yg mana Allah tidak redha seolah sama rata masa jahil dahulu.

ingat biar apa manusia nak kata apa dan peduli apa kata mereka dan doakanlah mereka untuk mendapat pentunjuk/hidayah Allah sama seperti apa Allah bagi kita yang berubah kearah mencari REDHA nya.. jangan marah malah bersyukur sebab Allah datangkan mereka untuk melihat keimanan kita adakah kita betul dah berubah atau hanya sekadar kata.

Bila ALLAH rindu dan sayang seseorang ALLAH akan hadirkan rasa nak berubah dan hantarkan orang wakil untuk kita berubah menuju jalan yg lurus kepadanya...
Jika kita tidak ada rasa nk berubah nak melihat mereka yg dan berubah dan mengata mereka.. mereka yg mengata adalah manusia yg rugi kerana mereka masih dalam kejahilan.

"BIAR MANUSIA NAK KATA APA.. PEDULIKAN MEREKA"
"PEDULIKAN KATA ALLAH.. DALAM MENCARI REDHANYA"

DARI NIQABIS.

^...............^ TIDAK MENJADI KUDIS BAGI KAMI JIKA MEREKA MENGATA SESUNGGUHNYA KAMI KEJALAN REDHA ALLAH.

ALLAH SENTIASA BERSAMA MANUSIA YANG NAK KEJALANNYA. 
BERUBAHLAH KERANA ALLAH BUKAN KERANA MANUSIA....

WAALLAHUALAM

Rabu, 23 Oktober 2013

مـــن مثــل أحمـــد في الكونــين نهـــواه Man Mithlu Ahmada Fil Kaunaini Nahwahu - Rahmat Ekamatra


مـــن مثــل أحمـــد في الكونــين نهـــواه Man Mithlu Ahmada Fil Kaunaini Nahwahu - Rahmat Ekamatra


من مثل أحمد فـــي الكونين نهواه
من مثل أحمد فـــي الكونين نهواه
بدر جميع الورى فــي حسنه تاهـو
بدر جميع الورى فــي حسنه تاهـو

من مثل أحمد فـــي الكونين نهواه
من مثل أحمد فـــي الكونين نهواه
بدر جميع الورى فــي حسنه تاهـو
بدر جميع الورى فــي حسنه تاهـو

الشمس تخجل من أنـوار طلعتــه
الشمس تخجل من أنـوار طلعتــه
حارت عقول الورى في وصف معناه
حارت عقول الورى في وصف معناه

من مثل أحمد فـــي الكونين نهواه
من مثل أحمد فـــي الكونين نهواه
بدر جميع الورى فــي حسنه تاهـو
بدر جميع الورى فــي حسنه تاهـو

تبارك الله ما أحلى شمائــــلـــــه
تبارك الله ما أحلى شمائــــلـــــه
حاز الجمال فمـــا أبهــــى محيــــاه
حاز الجمال فمـــا أبهــــى محيــــاه

من مثل أحمد فـــي الكونين نهواه
من مثل أحمد فـــي الكونين نهواه
بدر جميع الورى فــي حسنه تاهـو
بدر جميع الورى فــي حسنه تاهـو 


هذا جمييل وكل الناس تعشقه
هذا جمييل وكل الناس تعشقه
وسائر الخلق في أوصافه تاهو
وسائر الخلق في أوصافه تاهو

 
من مثل أحمد فـــي الكونين نهواه
  من مثل أحمد فـــي الكونين نهواه
بدر جميع الورى فــي حسنه تاهـو
بدر جميع الورى فــي حسنه تاهـو
 
يا أهل وادي النقى يا أهل كاظمة
يا أهل وادي النقى يا أهل كاظمة
في حيكم قمر في القلب مأواه 
في حيكم قمر في القلب مأواه
 
من مثل أحمد فـــي الكونين نهواه
من مثل أحمد فـــي الكونين نهواه
بدر جميع الورى فــي حسنه تاهـو
بدر جميع الورى فــي حسنه تاهـو

صلى عليه إله العرش ما طلعت
صلى عليه إله العرش ما طلعت
شمس وما قد حذا الحاذي مطاياه
شمس وما قد حذا الحاذي مطاياه

من مثل أحمد فـــي الكونين نهواه
من مثل أحمد فـــي الكونين نهواه
بدر جميع الورى فــي حسنه تاهـو
بدر جميع الورى فــي حسنه تاهـو



Terjemahan di dalam bahasa Melayu
(dari Cover Album)

من مثل أحمد فـــي الكونين نهواه 
Siapakah gerangan yang dapat menyamai Ahmad
(Nabi Muhammad s.a.w)
di dua alam ini pada ketinggian akalnya
بدر جميع الورى فــي حسنه تاهـو 
Baginda adalah bulan purnama bagi seantero makhluk pada kecantikannya yang membingungkan
الشمس تخجل من أنـوار طلعتــه 
hinggakan matahari berasa malu tatkala 
melihat cahaya baginda yang terpancar
حارت عقول الورى في وصف معناه 
Akal manusia pula menjadi bingung tatkala 
mengambarkan hakikat diri Baginda
تبارك الله ما أحلى شمائــــلـــــه 
Maha Suci Allah, alangkah indahnya keperibadian 
Baginda yang memiliki segala kecantikan
حاز الجمال فمـــا أبهــــى محيــــاه 
Maka alangkah indahnya kehidupannya
هذا جمييل وكل الناس تعشقه 
Seluruh manusia menjadi asyik dengan 
kecantikan Nabi ini
وسائر الخلق في أوصافه تاهو 
Seluruh makhluk menjadi bingung untuk 
menjelaskan gambaran sifat-sifatnya
يا أهل وادي النقى يا أهل كاظمة 
Wahai penghuni lembah yang suci ini 
Wahai penduduk Kazimah 
(Madinah)
في حيكم قمر في القلب مأواه 
Di tempat kalian terdapat bulan (Nabi Muhammad) 
yang bersinggahsana di dalam hati
صلى عليه إله العرش ما طلعت 
Semoga Tuhan Arasy melimpahkan rahmat 
ke atasnya selama terbitnya matahari
شمس وما قد حذا الحاذي مطاياه 
Dan selagi penunggang unta menarik 
untanya dengan iringan nyayian bagi 
mempercepatkan langkahnya 


Sabtu, 19 Oktober 2013

::KISAH CINTA AKU::

Assalamualaikum...w.b.t

(berkongsi pengalaman kisah hidup saya)
Alhamdulillah...selasai sda melakukan solat magrib & isyak, hati pun rasa tenang.


“Aku dan dia dah putus…”
“Kenapa?”
“Dia dah x sayangkan aku. Pelik bukan. Tiba-tiba saja perasaan tu hilang”
“Kau pasti dengan keputusan kau. Kau x kesiankan dia? Dia sayang kau…”
“Kesian la jugak. Tapi bila aku fikir balik. Lagi kesian kalau aku teruskan. Aku dah x mampu…”
“Buatlah apa yang kau rasa terbaik….”
“Dia ada perempuan belakang aku. Dia tipu aku. Aku rasa pedih. Terlalu pedih…”

“Kenapa kau pedih. Kan perasaan kau dekat dia dah lama hilang”
“Entah. Mungkin rasa dikhianati. Tak dihargai. Mungkin kalau aku sayang dia. Sekarang aku dah longlai. separuh mati aku terluka.  rabak. koyak. patah….”

“Lupakanlah. Jangan bebani hati fikiran diri kau dengan benda dah lepas ni…Tidurlah dah lewat…”
“Aku tak boleh stop. Mata aku x boleh nak lelap . Kecewa aku menggunung. Otak aku overtime….”

beberapa bulan kemudian
“Aku selalu tertanya-tanya kenapa perasaan aku pada dia boleh hilang. Sekelip mata.”
“kau ada jawapan?”
…senyum ” ada…mudah.”
“Apa dia?”

“Bila aku pandang semua benda yang jadi tu ada hikmah. Aku mula refleksi balik segala apa yang aku dah buat. Apa yang jadi dalam hidup aku. Dan aku dapat jawapan. Kau nak tahu?”

“Kongsi lah…”

“Allah sayang aku. Dia taknak aku setia pada orang yang x hargai aku. Dia benarkan aku tahu kebenaran setelah setahun. Mungkin masa tu baru kekuatan aku cukup untuk menampung kekecewaan aku. Dan aku fikir-fikir balik, Allah beri yang terbaik untuk aku. Sedangkan banyak benda yang aku lalai. Hubungan aku dengan Allah aku terabai.”

“Maksud kau?”

“Aku banyak berfikir. Refleksi balik segalanya. Cari jawapan pada soalan-soalan aku. Aku kadang-kadang lalai dalam mengingati Allah. Leka dengan cinta lelaki. Aku dah bazirkan masa,duit untuk cinta lelaki. Aku dah sedar aku sepatutnya fokus cinta kepada Pencipta. Nak tahu sesuatu?”

“Teruskan aku dengar…”

“Aku pernah tanya kenapa aku jumpa lelaki yang salah. Sekarang aku rasa aku tahu kenapa. Aku belum cukup baik. Dan aku kena betulkan diri aku untuk dapat yang terbaik. Rasa cinta itu memang anugerah daripada Allah. Tapi kita manusia ni lebih menghargai rasa cinta itu daripada Si Pemberi.

sahabat aku pernah cakap bila kita couple susah nak kawal bukan…Rindulah sayanglah then gaduh sampai emo seminggu. Lepas itu mula nak pegang-pegang tangan, bergambar rapat-rapat…Sebab tu,lebih baik mencegah daripada mengubati bukan…”

“so sekarang?”

“aku tengah berjuang.menjadi lebih baik.doakan. Selangkah. Dua langkah…Aku sedang berlari. Mendekati Pencipta…”

“Lelaki? Cinta?”
“Hanya yang Halal. Janji Allah itu pasti.”
“Kau yakin sekarang? Rasa lebih baik?”
“Alhamdulillah. Semua jawapan-jawapan yang aku cari membawa aku pada Allah.aku nampak cahaya melambai-lambai dari jauh. Cahaya itu yang buat aku bangun. Dan ketenangan itu milik aku. Sungguh, hikmah itu kalau dicari gali manisnyatiada berpenghujung. Aku khilaf. Sebab aku tahu Allah sentiasa ada, cuma manusia yang mencipta jarak.

Itu kata-kata yang aku rasa sesuai dengan situasi aku. Mungkin dulu aku nak dekat dengan Dia bila nak sesuatu atau sedih kecewa saja. Tapi sekarang aku dah sedar, faham tanggungjawab aku. Allah buktikan lagi sayang Dia pada aku dengan adanya perasaan ini. Syukur :) “

(istikarah cinta)

p/s : Allahuma amin, Semoga bermanfaat :)

Jumaat, 11 Oktober 2013

::Tinta Seorang Hambah ::


assalamu'alaikum...



masuk ka tajuk kita nak berubah ke arah baik @ berubah hnya sekadar angan2 kosong..??
Alhamdulillah Allah berikan peluang tuk kita semua tuk berubah..tp kita yg tntukan kita nak berubah..?
kita nak brubah sebab org lain brubah ka..??
tgok org pakai jubah..kita nak pakai ka..??
tgok org pakai tdung labuh nak pakai kak..??
tgok org pakai kopiah nak pakai jga..??
tgok org berpurdah ,kita nak pakai jgak..??

 tu ka sbab kita nak brubah..?
nauzubillah...sama2 kita betulkan niat kerane Allah..
tepuk dade tnya iman...

kerana niat merupakan kunci amal..

hadis Nabi Muhammad S.A.W
siapa yg mngada2kan prkara yg bukan sebhgian drpda urusan agama kami,maka amalannya ditolak..
(HR Bukhari dan Muslim )

sesungguhnya stiap perbuatan bergantung kpd niat dna setiap org akan diblas berdasarkan apa yg di niatkan. sesiapa niat berhijrah kerana ingin mndpt keredhaan Allah dan RasulNYA,maka dia akan mndpatkn nya. dan sesiapa yg hijrah krna dunia yg dikehendakinya @ krna wnita yg ingin dikahwininye,maka nilai hjrah nya sperti yg diniatkannya..
(HR Bukhari dan Muslim )

sebab niat akn membezekan prbuatan kita bukan..?

kita kena ingt ramai org boleh berubah tp xramai org yg boleh istiqomah dalm perubahan..
jika kita brubah krna selain Allah,,perubahn tuk hnye skdar angan2 ksong krna xmgkin sekelip  mata kita berubah ke arah lebih terk jika niat yg salah..nauzubillah..
biar kita lakukan 1 perubahn krna Allah,,insya'Allah kekal dunia n akhirat walaupn bnda tu sikit ja...

kuatkan mujahadah tuk terus berubah n berubah ke arah lebih baik...
jgn pikir org kata kita pelik ka..bajrt alim, baik ka ,,apa ka..nie ka..
niat krna Allah tuk ubah diri ke arah lebih baik...

firman Allah:
tolaklah kejahatan nga sebuah kebaikan,nescaya engkau akan dpati musuhmu mnjadi seolah2 saudara..( surah al-fussilat:34 )

insya'Allah...
.jika kita pilih tuk berubah..mstilah hdpi smua rintangn n cabran..cekalkan hati,,kuatkan semngat n pggan kpda Allah...jgn putus asa,sbb mujahadah tu memang pahit bab kita nak gapai benda yg tersangat manis..

p/s: jgn kita offerkan diri kita sndiri tutk masuk ke nerake Allah dgn mlkukan semua yng dilarang oleh Allah atas dunia ni n meninggalakn apa yang disuruh..jgn pernah berani menghalalkan apa yg haram dan mengharamkan apa yg halal...

~jgn kita sangaja mncmpakkan diri kita ke lembah binase~
insya'Allah..bangunkan dunia bermatlamatkan akhirat..

jgn berubah time maal hijrah jah,time tahun baru jah..time bulan ramdahn ja..time exam ja..
sebab kita bukan hamba maal hijrah,bukan hambe tahun baru,bukan hambe bukan ramdhan tp kita hmbaaaa  Allah...
 bila ada peluang tuk berubah kita pegang kemah keming peluang tu n buat..
jgn biakan Allah mnrik peluang tu n xada lg peluang tuk dua kali..
jgn kita aniaya diiri sndri..insya'Allah...

Allah xakan mengubah nasib seeorang kaum itu,jika mereka xubah nya dengan sendiri..
(surah AR-ra'D )..
jika dulu kita x baik,,xsemestinya kita xble ubah untuk jadi baik,,kerana takdir Allah boleh diubah dengan berdoa n usaha...
wallahu'alam....

Selasa, 8 Oktober 2013

Aku yang akan Datang...Insyallah

Bismillahhirahmanirrahim......


Assalamualaikum wbt....Allah.berdebar-debar sebenarnye nie nak tulis pasal "tudung labuh"...
Al maklum la diri nie kurang ilmunya...cuma InsyaAllah..sekadar ingin berkOngsi. Aku sebenarnya ada niat mau bertudung labuh. semOga dipermudahkan...

jOm Aamiinkan ramai...Aamiin..(u_u)


Aku niat nak bertudung labuh sebab aku btul2 nak berubah
aku rasa tenang bila tengok2 orang d luar yang bertudung labuh , sedap ja mata memandang.

nape xpakai mase tue terus??
Rilex larhh...sebenarnya aku malu nak bertudung labuh sebab kawan mesti heran tengok aku...nanti d cakap "bajet alim" la pulak. Mm..pedui apa diaorang nak cakap kn, yang penting aku ikhlas nak berubah, insyallah...mm kena istiqamahkan tudung labuh dulu..
 


cepatnye??
Biar la...benda baik buat apa nak tangguh2..

sebelum aku pakai tudung labuh nie aku ada jugak cari2 dalil pasal pemakain labuh..tp sikit ja la...
aku beli buku pasal agama...Aku ada tanya2 akak kat Fb yang da berpengalaman dalam bertudung labuh nie....

yela..nak pakai labuh nie mana boleh main suka2 pakai je kan.."orang pakai kau pakai"..trend??~....

Sejujurnya aku pakai tudung labuh ni sebab aku nak taubat ngan Allah, jadi muslimah yg soleh, aku nak perbaiki kelemahan diri aku, aku yang sekarang bukan yang dulu n bla..bla..bla..



Hahh..teruknya???
Iya..memang pun..Aku pakai kerana Aku NAK BERUBAH...

kenapa Aku nak berubah??
Haa..

kenapa..kenapa n kenapa aku nak berubah, pakai tudung labuh..
JAWAPANnye....sebab aku xnak d tempatkan d NERAKA, dunia ni hanya sementara.. Aku takut xdapat masuk SYURGA.. terlalu banyak dosa2 yang telah aku lakukan. Nauzubillah :'( . Ya Allah, terimalah taubat hambahmu ini.

Means?
Yurp.. sekarang baru aku sedar, xada gunanya nak menyesal.

Orang kata...no..KATANYA...
Nak berubah biar la dari "dalam" dulu..Hati tu biar bersih lagi suci maa..Baru la ubah yang luaran..jangan jadi hipOkrit bOleh?..

apa maksud kau kami hipokrit? n sape kau nak nilai mereka2 yang berlabuh nie hipOkrit?

No..no...

becOz kerana DOSA la aku jadi aku hari ni...
why??
sebab aku xpernah hiraukan benda2 ni dari dlu

Aku tak salahkan Orang sekeliling aku..
ini jalan yang Allah aturkan buat aku untuk pulang pada jalan yang sebenar-benarnya BENAR...
n bila ada yang tanya...Nape kau pakai tudung labuh??
jawapan yang sama aku beri...SEBAB aku NAK BERUBAH...

but why..why...why??....
Aku nak pakai labuh bukan kerana nak cakap diri aku ni alim..
Tapi,  berilah aku semangat, bimbingan n sokong aku okey...jangan jadikan persoalan kenapa aku bertudung labuh kelak... 

Insyallah , bila aku berlabuh...Jaaaaauh sekali jika dibandingkan pandangan mereka 2 3 tahun yang lalu pada aku...
waktu aku masih dizaman silam yang kelam..Astaghfirullah.. -_-'


"InsyaAllah bOleh..kerana kita manusia biasa yang fitrahnya ade kelemahan dalam diri setiap insan..Mungkin pada awalnya kita lupa Allah..Namun apabila hati telah sedar akan kesilapan diri..cepat2lah istighfar dan perbetulkan hati kita..sesungguhnya keampunan Allah itu melebihi kemurkaanNya"

Namun apabila aku sedarkan akan kesalahan dan kesengalan diri ini..=_='
Opss..sebelum tue..nak bagitahu semua, InsyaAllah aku sedang mempersiapkan diri ini memakai tudung labuh disini atas alasan2 yang tertentu..

Alhamdulillah..

Sabtu, 5 Oktober 2013

♥•¸.•´`* HIJRAHKU *•¸.•´`♥

♥•¸.•´`* HIJRAHKU KERANA ALLAH *•¸.•´`♥


¸.•✿´¯) Bilamana aku BERUBAH, dari sejarah kehidupan yang kelam kepada peribadi hari ini yang cerah, janganlah kalian berasa pelik dan ragu-ragu dengan penghijrahanku. Jika dirimu masih tidak mampu mempercayaiku, cukuplah Allah sebagai saksi. Yang menghitungku, bukan kamu, bukan pula aku. Tetapi ALLAH..

¸.•✿´¯) Moga amalanku sebagai MUJAHIDAH yang banyak kekurangannya ini diterima Allah dan dilaksanakan dengan ikhlas, jauh dari pakaian para MUNAFIQ dan RIAK..

¸.•✿´¯) Akulah HAMBA, yang faqir dalam beramal. Tetapi kaya dengan dosa yang tidak terhitung. Terimalah aku ya Rabb..kurniakan aku jiwa yang ampuh IMANnya. REDHAMu adalah IMPIANku..


Setiap dari kita mempunyai MASA KELAM, ada zaman XTAHU, ada zaman jauh dari syariat ALLAH..Namun jangan sekali-kali BIMBANG.. pintu keampunan ALLAH sentiasa terbuka...BERUBAHLAH sahabat sementara masih dikurniakan masa.

Jangan pernah takut dengan ejekan mereka yang punya PENYAKIT dalam hatinya. "alah..macam ko baik sgt dulu, xpayah nak berpura2 lah." biarkan manusia dan insan terus berkata2, pedulikan jelingan n tohmahan mereka. 

asal kamu TAHU apa yang kamu MAHU...
asal kamu TAHU apa yang kamu INGIN...
asal kamu TAHU apa yang sedang MENANTI...
JANGAN pernah putus asa dari jalan yang telah engkau TEMUI! 
JANGAN sekali-kali REBAH dengan jentikan dan pandangan sinis mereka,
dengan herdikan atau diperlekehkan!

jangan PERNAH putus asa! rebah BANGUNLAH!!!! 

kerana ALLAH sedang MENTARBIAH agar kita terus menerus TABAH. Ketahuilah betapa indahnya JANNAH menanti kehadiranmu duhai mujahadah. Manusia tidak akan belajar apa-apa selagi tidak gagal, yakinlah! ada pelangi selepas hujan, ada kedinginan selepas angin kencang, cukuplah Allah sebagai saksi, pentingkanlah pandangan ALLAH dari manusia..kerana yang menghitungmu kelak bukan mereka, tetapi ALLAHU AZZA WAJALL... 


Photo: Setiap dari kita mempunyai MASA KELAM, ada zaman XTAHU, ada zaman jauh dari syariat ALLAH..Namun jangan sekali-kali BIMBANG.. pintu keampunan ALLAH sentiasa terbuka...BERUBAHLAH sahabat sementara masih dikurniakan masa.

Jangan pernah takut dengan ejekan mereka yang punya PENYAKIT dalam hatinya. "alah..macam ko baik sgt dulu, xpayah nak berpura2 lah." biarkan manusia dan insan terus berkata2, pedulikan jelingan n tohmahan mereka. 

asal kamu TAHU apa yang kamu MAHU...
asal kamu TAHU apa yang kamu INGIN...
asal kamu TAHU apa yang sedang MENANTI...
JANGAN pernah putus asa dari jalan yang telah engkau TEMUI! 
JANGAN sekali-kali REBAH dengan jentikan dan pandangan sinis mereka,
dengan herdikan atau diperlekehkan!
jangan PERNAH putus asa! rebah BANGUNLAH!!!! 

kerana ALLAH sedang MENTARBIAH agar kita terus menerus TABAH. Ketahuilah betapa indahnya JANNAH menanti kehadiranmu duhai mujahadah. Manusia tidak akan belajar apa-apa selagi tidak gagal, yakinlah! ada pelangi selepas hujan, ada kedinginan selepas angin kencang, cukuplah Allah sebagai saksi, pentingkanlah pandangan ALLAH dari manusia..kerana yang menghitungmu kelak bukan mereka, tetapi ALLAHU AZZA WAJALL... 

P/s : No one can turn back to past and start a new beginning...
but everybody can start today to make a better ending... ^_^


P/s : No one can turn back to past and start a new beginning...
but everybody can start today to make a better ending...  

Mengharapkan KEAMPUNAN..perlu disertai dengan PERUBAHAN.

PERCAYALAH bahawa kamu TIDAK akan sesekali RUGI dengan memilih jalan itu....^__^ NAMUN....andai SEBALIKNYA......? kamu adalah orang yang PALING RUGI kerana BERPALING dari NIKMAT JANNAH yang MENANTI.....malah MEMILIH NERAKA JAHIMM dimana AZAB yang TIDAK TERPERI malah TIDAK pernah BERHENTI......NAU'ZUBILLAH...!

..10 Janji Allah Kepada Mereka Yang Ingin Berkahwin..



Apabila seorang muslim baik lelaki atau wanita akan berkahwin, biasanya akan timbul pelbagai perasaan akan timbul. Ada rasa gundah, resah, risau, bimbang, termasuk juga tidak sabar menunggu datangnya si pendamping. Bahkan ketika dalam proses taaruf sekalipun masih ada juga perasaan keraguan. Inilah khabar gembira berupa janji Allah bagi orang yang akan berkahwin. Bergembiralah wahai saudaraku…



1. “Wanita-wanita yang keji adalah untuk lelaki yang keji, dan lelaki yang keji adalah buat wanita-wanita yang keji (pula),dan wanita-wanita yang baik adalah untuk lelaki yang baik dan lelaki yang baik adalah untuk wanita-wanita yang baik (pula)”. (An Nuur : 26)
Bila ingin mendapatkan jodoh yang baik, maka perbaikilah diri. Hiduplah sesuai dengan ajaran Islam dan Sunnah Nabi-Nya. Jadilah lelaki yang soleh, jadilah wanita yang solehah. Semoga Allah memberikan hanya yang baik buat kita. Amin.
2. “Dan kawinkanlah orang-orang yang sendirian diantara kamu dan orang-orang yang layak (berkawin) dari hamba-hamba sahayamu yang lelaki dan perempuan. Jika mereka miskin Allah akan memampukan mereka dengan kurniaNya. Dan Allah Maha Luas (Pemberian-Nya) lagi Maha Mengetahui”. (An Nuur: 32)
Sebahagian para pemuda ada yang merasa bingung dan bimbang untuk berkahwin. Salah satu sebabnya adalah kerana belum mempunyai pekerjaan. Dan yang telah mempunyai pekerjaan pun tetap ada perasaan bimbang juga. Sebahagian mereka tetap ragu nilai gajinya. Dalam fikiran mereka, “apakah gaji ini cukup untuk berkeluarga dengan gaji sekian?”.
Ayat tersebut merupakan jawapan buat mereka yang ragu untuk melangkah ke jinjang pernikahan kerana alasan ekonomi. Yang perlu ditekankan kepada para pemuda dalam masalah ini adalah kesanggupan untuk memberi nafkah, dan terus bekerja mencari nafkah memenuhi keperluan keluarga.
Allah akan menolong mereka yang menikah. Allah Maha Adil, apabila tanggungjawab para pemuda bertambah – dengan kewajipan memberi nafkah kepada isteri dan anak-anaknya, maka Allah akan memberikan rezeki yang lebih. Tidakkah kita lihat kenyataannya di masyarakat, banyak mereka yang semula miskin tidak mempunyai apa-apa ketika berkahwin, kemudian Allah memberinya rezeki yang berlimpah dan mencukupkan keperluannya?
3. “Ada tiga golongan manusia yang berhak Allah tolong mereka, iaitu seorang mujahid fi sabilillah, seorang hamba yang menebus dirinya supaya merdeka dan seorang yang menikah kerana ingin memelihara kehormatannya”. (HR. Ahmad 2: 251, Nasaiy, Tirmidzi, Ibnu Majah hadits no. 2518, dan Hakim 2: 160)
Bagi siapa sahaja yang berkahwin dengan niat menjaga kesucian dirinya, maka berhak mendapatkan pertolongan dari Allah berdasarkan penegasan Rasulullah dalam hadits ini. Dan pertolongan Allah itu pasti datang.
4. “Dan diantara tanda-tanda kekuasaanNya ialah Dia menciptakan untukmu isteri dari jenismu sendiri, supaya kamu cenderung dan merasa tenteram kepadanya, dan dijadikan-Nya diantaramu rasa kasih dan sayang. Sesungguhnya pada yang demikian itu benar-benar terdapat tanda-tanda bagi kaum yang berfikir”. (Ar Ruum : 21)
5. “Dan Tuhanmu berfirman : ‘Berdoalah kepada-Ku, nescaya akan Kuperkenankan bagimu. Sesungguhnya orang-orang yang menyombongkan diri dari menyembah-Ku akan masuk neraka Jahannam dalam keadaan hina dina’ “. (Al Mu’min : 60)
Ini juga janji Allah ‘Azza wa Jalla, bila kita berdoa kepada Allah nescaya akan diperkenankan-Nya. Termasuk di dalamnya ketika kita berdoa memohon diberikan pendamping hidup yang agamanya baik, cantik, taat, dan sebagainya.
Dalam berdoa, perhatikan adab dan sebab terkabulnya doa. Diantaranya adalah ikhlas, bersungguh-sungguh, merendahkan diri, menghadap kiblat, mengangkat kedua tangan, dan lain – lain.
Perhatikan juga waktu-waktu yang mustajab dalam berdoa. Diantaranya adalah berdoa pada waktu sepertiga malam yang terakhir dimana Allah ‘Azza wa Jalla turun ke langit dunia, dan pada waktu antara azan dan iqamah,
Perhatikan juga penghalang terkabulnya doa. Diantaranya adalah makan dan minum dari sumber yang haram, dan berpakaian dari usaha yang haram serta melakukan apa yang diharamkan Allah,
Manfaat lain dari berdoa bererti kita meyakini keberadaan Allah, mengakui bahawa Allah itu tempat meminta, mengakui bahawa Allah Maha Kaya, dan mengakui bahawa Allah Maha Mendengar.
Sebahagian orangapabila jodohnya tidak kunjung datang maka mereka pergi ke dukun-dukun berharap agar jodohnya lancar. Cara seperti ini jelas dilarang oleh Islam. Perhatikan hadis-hadis berikut yang merupakan peringatan keras dari Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa sallam:

“Barang siapa yang mendatangi peramal / dukun, lalu dia menanyakan sesuatu kepadanya, maka tidak diterima solatnya selama empat puluh malam”. (Hadis sahih riwayat Muslim (7/37) dan Ahmad).
Telah bersabda Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam, “Maka janganlah kamu mendatangi dukun-dukun itu.” (Sahih riwayat Muslim juz 7 hal. 35).
Telah bersabda Nabi SAW, “Sesungguhnya jampi-jampi (mantera) dan guna-guna itu adalah (hukumnya) syirik.” (Hadis sahih riwayat Abu Dawud (no. 3883), Ibnu Majah (no. 3530), Ahmad dan Hakim).
6. “Mintalah pertolongan (kepada Allah) dengan sabar dan solat“. (Al Baqarah : 153)
Mintalah tolong kepada Allah dengan sabar dan solat. Agar datang pertolongan Allah, maka kita juga harus bersabar sesuai dengan Sunnah Nabi dan terbebas dari bid’ah-bid’ah.
7. “Kerana sesungguhnya sesudah kesulitan itu ada kemudahan, sesungguhnya sesudah kesulitan itu ada kemudahan”. (Alam Nasyrah : 5 – 6)
Ini juga janji Allah. Mungkin terasa bagi kita jodoh yang dinanti tidak kunjung datang. Segalanya terasa sulit. Tetapi kita harus tetap berbaik sangka kepada Allah dan yakinlah bahawa sesudah kesulitan itu ada kemudahan. Allah sendiri yang menegaskan dua kali dalam Surat Alam Nasyrah.
8. “Hai orang-orang yang beriman jika kamu menolong (agama) Allah, nescaya Dia akan menolongmu dan meneguhkan kedudukanmu”. (Muhammad : 7)
Agar Allah menolong kita, maka kita tolong agama Allah. Baik dengan berinfak di jalan-Nya, membantu penyebaran dakwah Islam dengan penyebaran buletin atau buku-buku Islam, membantu penyelenggaraan pengajian, dan sebagainya. Dengan itu semoga Allah menolong kita.
9. “Sesungguhnya Allah pasti menolong orang yang menolong (agama)-Nya. Sesungguhnya Allah benar-benar Maha Kuat lagi Maha Perkasa”. (Al Hajj : 40)
10. “Ingatlah, sesungguhnya pertolongan Allah itu amat dekat”. (Al Baqarah : 214)
Itulah janji Allah. Dan Allah tidak akan menyalahi janjinya. Kalaupun Allah tidak / belum mengabulkan doa kita, tentu ada hikmah dan kasih sayang Allah yang lebih besar buat kita. Kita harus berbaik sangka kepada Allah. Inilah keyakinan yang harus ada pada setiap muslim.
Jadi, kenapa ragu – ragu dengan janji Allah?

:: Sewaktu Pintu Kaabah Dibuka Dan Keadaan Didalamnya ::


(SURAH AL-BAQARAH AYAT 150)
Terjemahan
“Dan dari mana sahaja kamu keluar, maka palingkanlah wajahmu ke arah Masjidil Haram. Dan di mana sahaja kamu (sekalian) berada, maka palingkanlah wajahmu ke arahnya, agar tidak ada hujah bagi manusia atas kamu, kecuali orang-orang yang zalim di antara mereka. Maka jangan kamu takut kepada mereka dan takutlah kepada-Ku. Dan agar Aku sempurnakan nikmat-Ku atasmu, dan supaya kamu mendapat petunjuk.”
Tafsiran ayat ini masih lagi berkisar mengenai pertukaran arah kiblat dari Baitul Maqdis ke Kaabah. Menurut kitab Tafsir al-Azhar, pangkal ayat ini adalah perintah khusus bagi Nabi Muhammad s.a.w. Kemudian dijelaskan sekali lagi kepada seluruh umat Nabi Muhammad s.a.w. supaya berpegang teguh dengan arah kiblat ini di mana sahaja mereka berada.
 

Jangan diubah-ubah lagi dan ia juga tidak akan berubah selama-lamanya. Sama ada berada di tengah lautan, di puncak gunung ataupun di tengah gurun; carilah arah kiblat dan solatlah menghadap ke sana.
Hal ini kerana penetapan kiblat itu sudah pasti diterima oleh manusia yang menjunjung tinggi kebenaran dan kesempurnaan agama.
Rumah Allah yang pertama didirikan ialah Kaabah di Masjidil Haram, tempat seluruh umat Islam dari setiap pelosok dunia berkumpul setiap tahun untuk mengerjakan haji di dalam melaksanakan wasiat nenek moyang kita iaitu Nabi Ibrahim a.s.
Pendek kata, tiada bantahan dan sanggahan daripada orang-orang yang berfikiran sihat tentang penetapan arah kiblat itu.
Lain pula halnya dengan orang-orang yang zalim, kafir, bodoh dan berfikiran sempit. Mereka sentiasa membantah seperti kata kaum Yahudi: “Muhammad memutar kiblatnya ke Kaabah, padahal di sana berderet 360 buah berhala yang selalu dicela-celanya itu. Rupanya dia akan kembali kepada agama nenek moyang orang Quraisy.”
Manakala kaum Musyrikin pula berkata: “Dialihnya kiblat ke Kaabah kerana dia hendak menarik-narik kita atau telah insaf atas kesalahannya.” Orang munafik di Madinah turut berkata: “Memang pendiriannya tidak tetap. Sekejap begini, sekejap begitu.”
Allah s.w.t. berfirman supaya jangan dipedulikan kata-kata itu dan jangan takut dengan serangan-serangan yang sedemikian. Tetapi takutlah hanya kepada Allah dan perintah Allah sahaja yang perlu dilaksanakan.
Di akhir ayat ini, Allah s.w.t. membayangkan janji-Nya bahawa nikmat kiblat itu akan disempurnakan-Nya. Nikmat pertama ialah peralihan kiblat walaupun di Kaabah waktu itu masih ada berhala. Tetapi Allah s.w.t. berjanji lagi bahawa negeri itu (Mekah) akan berada di tangan umat Islam di mana pada masa itu Kaabah akan dibersihkan daripada berhala dan akan tetap buat selama-lamanya menjadi lambang kesatuan arah untuk semua umat Islam di dunia.
Menurut sejarahnya, pada tahun ke lapan hijrah Mekah telah di takluk oleh umat Islam dan segala berhala telah dirobohkan dan dibuang dari Kaabah dan seluruh Masjidil Haram, juga di seluruh Tanah Hijaz dan tegaklah agama Allah dengan jayanya.
 
Sebab-sebab turun ayat
Diriwayatkan oleh Ibnu Jarir yang bersumber daripada As-Suddi melalui sanad-sanadnya, dikemukakan bahawa turunnya ayat 150 Surah al-Baqarah ini berkenaan dengan peristiwa ini. Ketika Nabi Muhammad s.a.w. memindahkan arah kiblat dari Baitul Maqdis ke Kaabah, kaum Musyrikin Mekah berkata: “Muhammad dibingungkan oleh agamanya. Dia memindahkan arah kiblatnya ke arah kiblat kita. Dia mengetahui bahawa jalan kita lebih benar dari jalannya, dan dia sudah hampir masuk agama kita.”
Pengajaran
1. Kita sebagai hamba Allah yang beriman seharusnya redha dengan kewajipan yang disuruh oleh Allah s.w.t. dan melaksanakannya dengan taat tanpa sebarang alasan, walaupun kewajipan itu akan menyebabkan kita menderita di dunia.
Ini kerana Allah s.w.t. telah berjanji bahawa kemenangan bagi orang-orang yang menjunjung perintah-Nya dan di akhirat nanti akan dibalas dengan syurga.
2. Berdosa besar bagi sesiapa yang mengubah-ubah perintah Allah, apalagi sesudah kewafatan Rasulullah s.a.w. iaitu penutup segala nabi-nabi, dan sesudah Allah s.w.t. berfirman bahawa telah disempurnakan agama dan dicukupkan nikmat kepada seluruh umat manusia.
3. Orang-orang kafir sentiasa berusaha untuk menentang agama Islam dengan mencari berbagai-bagai helah dan tipu daya untuk mengelirukan umat Islam. Oleh itu, berwaspadalah dengan mereka walau sebaik mana pun diri mereka, dan berusahalah untuk meningkatkan keimanan dan yakinlah dengan janji Allah.