Sabtu, 28 September 2013

ISTIKARAH CINTA

play dlu sblm baca...


Bismillaahirrahmaanirrahiim..


TERUNTUK SORANG SHOLEH YANG MASIH JADI RAHSIA_NYA...
TAKKAN HABIS KU BERDOA JADI KEKASIH HALALMU ..

Ketika kau Ketuk pintu Hatiku,ku sambut dengan Doa....
Ketika kau Mengatakan Rindu.... Ku sambut dengan Senyuman....

Ketika kau katakan Cinta, Aku ingin Menjadi Cerminmu..
Ketika kau mengatakan ingin Melamarku....
Aku akan mengAamiinkan Setiap Doamu.

Ketika Nanti kita bersama,
Aku ingin menjaga lentera Yg kau bawa,
Dengan Bingkai Iman dan Ilmu......
Aku ingin menjadi awan yang menaungi dalam terikmu,..
Aku ingin menjadi bulan yang menerangi malammu...




Aku ingin menjadi senyuman disetiap marahmu......
Aku ingin menjadi wanita pertama yang
Menyiapkan Sajadah untuk setiap sholatmu....

Ya Rabb,
Jadikan dia Imamku dalam setiap Ibadahku....
Pilihlah dia untukku , menjadi Penjagaku...
Dengan menyebut NamaMU yang Maha Kasih...


Aamiin Ya Robbal Alamiin ...

Doa Untuk Calonku

"Assalamu'alaikum Warahmatullahi Wabarakaatuh"




❥ Ya ALLAH..bukan hamba tak percaya dengan takdir-Mu, tapi hamba takut kehilangan Cinta-Mu..

❥ Maka hamba mohon izinkan hamba berdo’a untuk seseorang yang kelak menjadi Imam hamba meski hamba belum tau siapa Dia..?

❥ Ya ALLAH..Tambahkan ilmu agamanya supaya kelak dapat membimmbing hamba kearah tujuan yang satu..

❥ Teguhkan imannya ketika Kau mengujinya, Jaga dan lindungilah dia..

❥ Mudahkan jalan rezekinya supaya kelak dapat segera menjemput dan meminta hamba dari orang tua hamba..

❥ Lembutkankah tutur katanya agar kelak dapat membimbing hamba dengan kesabaran..

❥ Dan hamba mohon segerakanlah pertemukan kami disaat Engkau telah yakin bahwa kami telah siap dan mampu untuk mengikat janji dibawah Ridha-Mu..

❥ Jadikanlah ia pemimpin yang bijaksana yang mencintai hamba hanya kerana-Mu, serta yang menjadikan Rasullullah sebagai telandannya..


Aamiin Allahumma Aamiin

30 ORANG YANG PERTAMA DALAM ISLAM

Assalamulaikum...

selamat malam saudara, hari ini saya nak share ja.

1. Orang yang pertama menulis Bismillah : Nabi Sulaiman AS. 
2. Orang yang pertama minum air zamzam : Nabi Ismail AS.
3. Orang yang pertama berkhatan : Nabi Ibrahim AS.
4. Orang yang pertama
 diberikan pakaian pada hari qiamat : Nabi Ibrahim AS.
5. Orang yang pertama dipanggil oleh Allah pada hari qiamat : Nabi Adam AS.
6. Orang yang pertama mengerjakan saie antara Safa dan Marwah : Sayyidatina Hajar (Ibu Nabi Ismail AS).
7. Orang yang pertama dibangkitkan pada hari qiamat : Nabi Muhammad SAW.
8. Orang yang pertama menjadi khalifah Islam : Abu Bakar As Siddiq RA.
9. Orang yang pertama menggunakan tarikh hijrah : Umar bin Al-Khattab RA.
10. Orang yang pertama meletakkah jawatan khalifah dalam Islam : Al-Hasan bin Ali RA.
11. Orang yang pertama menyusukan Nabi SAW : Thuwaibah RA.
12. Orang yang pertama syahid dalam Islam dari kalangan lelaki : Al-Harith bin Abi Halah RA.
13. Orang yang pertama syahid dalam Islam dari kalangan wanita : Sumayyah binti Khabbat RA.
14. Orang yang pertama menulis hadis di dalam kitab / lembaran : Abdullah bin Amru bin Al-Ash RA.
15. Orang yang pertama memanah dalam perjuangan fisabilillah : Saad bin Abi Waqqas RA.
16. Orang yang pertama menjadi muazzin dan melaungkan adzan: Bilal bin Rabah RA.
17. Orang yang pertama bersembahyang dengan Rasulullah SAW : Ali bin Abi Tholib RA.
18. Orang yang pertama membuat minbar masjid Nabi SAW : Tamim Ad-dary RA.
19. Orang yang pertama menghunuskan pedang dalam perjuangan fisabilillah : Az-Zubair bin Al-Awwam RA.
20. Orang yang pertama menulis sirah Nabi SAW : Ibban bin Othman bin Affan RA.
21. Orang yang pertama beriman dengan Nabi SAW : Khadijah binti Khuwailid RA.
22. Orang yang pertama mengasaskan usul fiqh : Imam Syafei RH.
23. Orang yang pertama membina penjara dalam Islam: Ali bin Abi Tholib RA.
24. Orang yang pertama menjadi raja dalam Islam : Muawiyah bin Abi Sufyan RA.
25. Orang yang pertama membuat perpustakaan awam : Harun Ar-Rasyid RH.
26. Orang yang pertama mengadakan baitul mal : Umar Al-Khattab RA.
27. Orang yang pertama menghafal Al-Qur'an selepas Rasulullah SAW : Ali bn Abi Tholib RA. 
28. Orang yang pertama membina menara di Masjidil Haram Mekah : Khalifah Abu Ja'far Al-Mansur RH.
29. Orang yang pertama digelar Al-Muqry : Mus'ab bin Umair RA.
30. Orang yang pertama masuk ke dalam syurga : Nabi Muhammad SAW.


Rugilah x SHARE sebab ianya 1 peluang dakwah yg MUDAH. . .jOm share !!! sebarkan. . .ni pOn ilmu jgk. . .

Rabu, 25 September 2013

...Aurat...


Assalammualaikum (=^_^=)v

selamat malam saudara/saudari.. ni aku copy balik dari seorang teman.

"okey ana sebenarnya nak sentuh sikit bab auratlah pada post kali ini...bukan apa ,sahabat kita sekarang ramai  yang tak mahu atau mungkin tak tahu nak tutup aurat dengan sempurna..jadi ana nak explain pada anda semua pada post kali ini dan nak ingatkan juga bagi sesiapa yang tak mahu tutup aurat  tuuuu...


oke ana tak nafikan disini yang memang ada wanita yang bukak aurat dia cantik.tetapi cantiknya wanita itu adalah untuk di tayang kepada suaminya.kalau semua dah tayang pada orang ramai,apa yang tinggal untuk suami kamu?? 

"wahai anak adam,sesungguhnya telah kami menurunkan kepadamu pakaian untuk menutupi aurat mu,dan pakaian indah untuk perhiasan.Dan pakaian takwa itulah yang baik.Yang demikian itu adalah sebahagian dari tanda-tanda kekuasaan Allah,mudah-mudahan mereka selalu ingat".
(surah Al-Araaf:26)


comeykan kalau yang tutup aurat..hehe...bukannya tak lawa..yang tutup aurat lebih lawa ..bak kata orang"yang tutup itu lebih indah".hehe...

INI POINT DIA ANA NAK BAGITAHU SEBENARNYA !!

-Balasan wanita yang membuka rambut kepalanya selain suaminya, akan digantung dengan rambutnya di atas api neraka sehingga menggelegak otaknya, berterusan selama ia tidak menutupnya.

-Dada yang sengaja dibuka atau ditonjolkan supaya kelihatan seksi, akan di gantung atas api neraka dengan pusat dan buah dadanya diikat dengan rantai neraka sebagai penggantungnya.

-Betis dan paha yang terselak-selak, sedia untuk dipanggang..pedihnya tidak terkira.

Allah janjikan syurga untuk kita yang mengikut perintah Allah..tetapi Allah juga telah janjikan neraka bagi yang murka..tak takutkah anda?? anda ambil api then bakar tangan haa....cuba rasa..sakit tak?? api di neraka lebih kuat sayangku..jadi tutuplah aurat...kalau mahu nanti ana bagi tips untuk  berhijrah secara berperingkat..ana boleh tolong..semua ikut pengalaman ana...hehe...nanti ye..

jom sama2 istighfar !!"


Mohon ampun dari Allah atas segala dosa yang telah kita lakukan samada sengaja atau tidak...mohon supaya kita mendapat hidayah dan rahmat Allah...Inshaa Allah,Allah akan jadikan kita semua lelaki yang soleh atau wanita yang solehah =)
sekian Assalammualaikum..

::Muslimah Yang Ingin Berhijrah::

Assalammualaikum w.b.t...

(Alhamdulillah Allah masih beri kita peluang untuk hidup di muka bumi ini.Oleh itu,aku ingin mengambil kesempatan ini untuk terus share macam2 ilmu InsyaAllah yang boleh korang amalkan =)

yang ni pula c0pay paste dari seorang teman...
"hari ni ana nak cakap tentang hijrah..ana pilih topik ni sebab ana tahu yang ramai muslimah kat luar sana yang ingin berubah tetapi mereka tidak ada sumber kekuatan...and maybe mereka tak tahu macam mana nak mengorak langkah pertama untuk berhijrah..so...ana rasa ana mulakan dari penampilan dulu lah.. =D

kalau nak berubah kita mula dengan pakai sarung kaki dan sarung lengan dulu ..tangan dan kaki itu aurat ye  sayang,jadi tutuplah ye..kemudian bagi yang pakai tudung bidang 45 tu korang tukar pakai bidang  50 pulak.memang akan makan masa tapi ini cara untuk tolong korang berhijrah tanpa orang sedari atau secara mengejut =)



pakaian pulak..mula la dulu pakai t-shirt2 labuh dari punggung.seluar jeans boleh tapi jangan la beli yang ikut shape atau terlalu ketat..beli yang lelaki punya.haa.. =)

lama2 korang pakai tudung bidang 50 dan 60 secara gilir2..then sampai satu tahap korang rasa dah bersedia,pakaila terus tudung bidang 60..pkai baju kurung and jubah...actually pakai jubah lagi senang dari pakai baju kurung =) ikut pengalaman ana la...

kan lebih indah begini =)

ana mulakan dari pemakaian kerana pemakaian yang akan effect kepada perangai kita,identiti kita dan sebagainya.memang tidak mudah untuk korang berubah kalau korang terlalu mendengar kata2 orang yang ingin menjatuhkan korang..tetapi kalau korang ingin berhijrah kerana Allah...InsyaAllah semuanya akan dipermudahkan =)

kalau korang terdetik untuk berhijrah,sebenarnya korang dah dapat hidayah dari Allah..itu bermakna Allah sayangkan korang dan memerhatikan korang.jadi bersyukurlah..kalau nak bimbingan dari ana silakan Add je FB ana dan mesej ana..insyaAllah..ana akan bantu..jangan malu jangan segan,kita ingin buat kebaikan sekarang ni hanya untuk mendapat rahmat dan Redha Allah.. =)

sekian saja Assalammualaikum


Isnin, 23 September 2013

Lapangkanlah Hatimu Dengan Taubat...

Satu cara untuk mengetahui sejauh mana kita benar-benar beriman ialah dengan mengukur sejauh mana kesan dosa terhadap hati kita?Apakah hati kita akan terasa kesal dan menyesal dengan dosa? Atau kita merasa biasa-biasa sahaja apabila berdosa?
Jika terasa menyesal, itu petanda Iman masih ada di dalam dada. Sebaliknya, jika dosa tidak memberi kesan apa, malah kita tetap gembira.. itu satu petanda buruk. Iman kita amat lemah, hati kita sedang sakit. Boleh jadi sudah menanti masa sahaja untuk melayang.
Apa tanda menyesal? Menyesal bukan menyesal jika kita hanya berasa sedih tanpa berbuat apa-apa. Tetapi menyesal yang sebenarnya apabila kita mula bertindak selaras dengan apa yang kita kesalkan.
Kita menyesal dengan dosa? Langkahnya, terus kita tempuhi jalan-jalan taubat dengan memberhentikannya, niat tidak akan mengulanginya lagi dan berbuat baik sebagai ‘galang-ganti’ kepada kejahatan yang kita lakukan itu.
Mari kita bertanya pada hati masing-masing? Bagaimana kita dengan dosa? Bagaimana kita dengan taubat?
384444_251661714890184_169516276438062_761233_1621754874_n
Pangkat di dunia tidak akan berguna selepas mati, sedangkan pangkat taqwa di sisi Allah bukan sahaja berguna di dunia – dengan jaminan pembelaan, kecukupan rezeki, diberi jalan keluar daripada sebarang masalah dan lain-lain, malah lebih berguna di Akhirat nanti – kehidupan yang hakiki dan abadi.
Rasulullah S.A.W bersabda :
“Malaikat Jibril datang kepadaku dan berkata : “Rugilah (kecewa) orang yang bila namamu disebut dia tidak mengucapkan selawat atasmu”. Aku mengucap : “Amin”. “Rugi orang yang berkesempatan hidup bersama kedua orang tuanya tetapi dia tidak sampai bisa masuk ke Syurga”. Aku berkata : “Amin”. Jibril berkata lagi : “Rugi orang yang berkesempatan hidup pada bulan Ramadhan, tetapi tidak sampai terampuni dosa-dosanya”. Lalu aku mengucapkan : “Amin”. [HR. Ahmad]
Hati siapa yang tidak tersentuh apabila mendengar hadis di atas? Betapa ruginya nanti kita di Akhirat sana. Dosa tidak diampunkan, masuk ke Neraka dan jauh daripada rahmat dan pengampunan Allah.

Menangislah Hari Ini

Menyesallah dahulu, kerana menyesal kemudian tidak berguna. Jika kita hendak menangis, maka menangislah pada hari ini… kerana menangis di Akhirat sudah terlambat dan tidak berguna.
Takutilah akibat dosa yang kita lakukan. Jangan ambil mudah dengan kemurkaan Allah. Jika marah isteri, suami, boss dan kawan-kawan pun sudah boleh menyebabkan hidup kita resah dan susah, apalagi murka Allah, Tuhan yang mencipta kita.
Ya, kita sering terlupa bencana akibat dosa boleh datang tiba-tiba.
Lupakah kita dengan kaum Aad yang ditimpa bencana tepat ketika mana mereka berarak ria menuju ‘syurga’ ciptaan raja mereka? Apakah kita lupa bagaimana sikap Rasulullah S.A.W ketika baginda dan para sahabat melalui lokasi tempat kaum Aad dan Tsamud menerima bala? Baginda terlalu terganggu oleh ‘nostalgia dosa’ – hinggakan sejarah mencatatkan bahawa Rasulullah S.A.W menyuruh para sahabat menundukkan muka dan jangan memandang ke langit (tanda merendahkan diri) ketika melalui tempat tersebut.
Rasulullah S.A.W pernah berdoa memohon agar Allah tidak menurunkan bala bencana ketika gerhana berlaku. Baginda akan sembahyang dengan penuh tawaduk dan baginda berdoa:
“Tuhanku! Tidakkah engkau telah berjanji untuk tidak mengazab mereka (umat Islam), dan aku berada bersama mereka. Tidakkah engkau telah berjanji untuk tidak mengazab mereka (umat Islam), sedangkan mereka adalah orang yang bertaubat. [Sulaiman bin al-Ash'ath, Sunan Abi Daud]
Itulah sikap yang ditunjukkan oleh Rasulullah S.A.W, seorang insan yang maksum daripada dosa dan dijamin masuk Syurga. Padahal baginda insan yang mulia, para penduduk kota Madinah ialah para sahabat Rasulullah yang terkenal sebagai generasi al-Quran dan kota Madinah itu sendiri adalah kota suci yang penuh rahmat dan keberkatan.

Jangan Rasa Selamat

Dengan segala kelebihan itupun baginda masih tidak terasa ada jaminan keselamatan daripada bala bencana. Sinisnya, bagaimana nasib kita yang setiap masa bergelumang dengan kemungkaran dan kemaksiatan, kadang-kadang hidup di tengah kota yang di kelilingi premis dosa?
Walau bagaimanapun, bencana alam, penyakit-penyakit kronik, gejala sosial dan lain-lain masalah sebenarnya boleh membawa rahmat jika kita dapat mencungkil ibrahnya yang tersirat.
la boleh diumpamakan sebagai racun kepada hati yang derhaka kepada Allah, tetapi penawar kepada hati yang tunduk dan patuh kepada Allah. Kata orang, “What happens ‘in’ you is more important than what happens ‘to’ you.” – apa yang berlaku ‘di dalam’ diri kita jauh lebih penting daripada apa yang berlaku kepada (‘di luar’) diri kita.
tumblr_m44iioNJgx1qf1tsro1_500

Menyingkap Lembaran Sejarah

Untuk memahami yang tersirat dan mencungkil hakikat daripada sesuatu peristiwa, kita perlu menyingkap lembaran sejarah. Bencana alam yang telah menimpa umat nabi-nabi terdahulu kerana kederhakaan dan kedegilan mereka walaupun telah diberi peringatan berkali-kali perlu diamat-amati.
Renungilah hakikat ini : Umat Nabi Nuh a.s yang tunduk kepada hasutan Syaitan, yang mana Syaitan itu diciptakan daripada api – Allah musnahkan mereka dengan mendatangkan banjir besar. Kaum Saba’ yang juga menyembah api, Allah musnahkan dengan banjir. Apabila api diagung-agungkan selalunya Allah datangkan air sebagai pemusnah.
Hukum ini terus berjalan sepanjang zaman. Apabila berlaku kemungkaran yang bermaharajalela di tengah umat manusia, Allah akan datangkan bala bencana sebagai azab yang memusnahkan mereka.
Inilah yang telah berlaku kepada umat Nabi Luth, yang ditelan bumi kerana mengamalkan homoseksual dan lesbian. Kaum Nabi Salleh kerana curang dalam perniagaan. Kaum Aad dan Tsamud yang ditimpa hujan batu kerana kederhakaannya.
‘Tentera Allah’ (air, angin, tanah) dihantar kepada para pendosa yang engkar walaupun telah diberi peringatan berulang kali oleh nabi masing-masing. Sepanjang sejarah, sudah lapan bangsa pada lapan zaman yang telah mendapat akibat buruk daripada Allah S.W.T kerana mendustakan rasul yang diutus kepada mereka. Kelapan-lapan kaum itu ialah:
  • Kaum Nabi Nuh
  • Ashabul Rass – mendustakan nabi mereka yang bernama Hanzalah. Mereka menyembah berhala.
  • Kaum Tsamud – kaum Nabi Salleh.
  • Kaum Aad – kaum Nabi Hud.
  • Firaun dan pengikutnya.
  • Kaum Nabi Luth.
  • Ashabul Aikah – kaum Nabi Syuaib.
  • Kaum Tubba’.
Untungnya, umat Nabi Muhammad mempunyai banyak kelebihan berkat kasih sayang Allah kepada Nabi-Nya – Muhammad S.A.W. Bencana tidak berlaku serta-merta kepada umat Nabi Muhammad sepertimana yang menimpa umat nabi-nabi terdahulu. Masih ada penangguhan dan diberi tempoh masa untuk memperbaiki diri.
Bencana alam seperti tsunami, gempa bumi, tanah runtuh, banjir, kemarau dan lain-lain (walaupun sudah hebat dan dahsyat) tetapi ini berkali-kali ganda lebih ringan berbanding bencana yang menimpa umat-umat terdahulu.
Apapun, mesejnya tetap sama – sebagai peringatan dan amaran. Dengarkanlah ‘bisikan’ Allah ini. Jangan sampai kita terpaksa mendengar ‘jeritan-Nya!’ (bencana yang lebih dahsyat).
Lihat sahaja loji-loji nuklear di Fusyima Jepun yang dilumpuhkan hanya dengan kuasa air. Bukankah ini satu tempelakan kepada kemajuan teknologi yang dibanggakan oleh manusia tetapi akhirnya tunduk kepada kuasa ‘konvensional’ yakni air?
Walau bagaimanapun, ada bencana yang lebih seni dan maknawi sifatnya. Tidak ketara oleh mata, tetapi sangat derita pada hati. Di dunia, dosa dapat membuat hati keras dan buta dari kebenaran. Ia akan menutup pintu hati dari melihat kebenaran dan membuatnya terbalik dalam membuat penilaian. Allah berfirman:
Kemudian apabila mereka melupakan apa yang telah diperingatkan dengannya, Kami bukakan kepada mereka pintu-pintu segala kemewahan, sehingga apabila mereka bergembira dengan apa yang telah diberikan, Kami seksa mereka secara mengejut, maka ketika itu mereka berputus asa.” (Surah al-An’am 6: 44)

Pendosa Tidak Tenteram Jiwanya

Manakala secara peribadi dosa akan menyebabkan hidup kita menjadi sempit, perasaan menjadi tidak keruan dan fikiran selalu kacau. Ada sahaja yang tidak kena walaupun kekadang kita sudah memiliki kekayaan, kesihatan dan pekerjaan. Firman Allah:
Dan barang siapa yang berpaling daripada peringatan-Ku maka sesungguhnya baginya penghidupan yang sempit.” (Surah Thaha: 24)
Ibnu Khatir menjelaskan keadaan orang yang melakukan dosa dengan katanya:
Di dunia dia tidak akan mendapat ketenteraman dan ketenangan. Hatinya gelisah akibat kesesatannya. Meski pun lahiriahnya nampak begitu senang, mampu memakan apa sahaja makanan yang diingini, mampu tinggal di mana sahaja yang dia kehendaki, namun selama dia belum sampai kepada keyakinan dan petunjuk maka hatinya akan sentiasa gelisah, bingung, ragu dan masih terus ragu. Ini ialah kehidupan yang sempit.

Hati Yang Bercahaya

Hati orang soleh begitu lembut, sensitif, mudah menerima cahaya hidayah dan taufik. Sebaliknya, hati seorang pendosa menjadi gelap, tertutup, berkarat, keras, dan kerananya tidak dapat ditembusi cahaya kebenaran. Kita sering diingatkan bahawa apabila bencana menimpa jangan salahkan sesiapa, tetapi salahkanlah diri sendiri.
Perhatikanlah hari-hari yang kita lalui selepas Ramadhan nanti, apakah penuh pahala atau sebaliknya. Bagaimana kita di sini (di dunia), begitulah kita di sana (Akhirat) nanti. Siapa yang menyemai angin, pasti terpaksa menuai badai!

::JANGAN SANGKA TUDUNG LABUH INI TANDA ALIM DIRIKU::

Assalamulaikum ya ukhty...

Sekilas pandang di sebuah 'blog' milik seorang muslimah tidak di kenali, terbaca sebuah kata-kata yang berbunyi:-

"Jangan kau sangka labuh tudungku ini tanda alim diriku, aku juga sepertimu masih mencari-cari segenap cahaya buat menerangi sepanjang perjalanan. Kerana tudungku ini bukan setakat menutupi masa silam ku tetapi melindung jua mengingatkan diri ini menjaga setiap gerak geri kerana akhlaq itu bunga diri".


Buktikanlah anda seorang muslimah yang berkeperibadian seperti seorang muslimah.

Wahai muslimah, menutup aurat itu satu kewajipan, tidak kiralah bagaimana gayanya. Berpakaianlah seperti seorang muslimah, kerana pakaian melambangkan diri kita. InsyaAllah.

*peringatanuntukdirisayajuga... :)